Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiga angkasawan China pulang ke bumi selepas tertangguh akibat serpihan angkasa
  • GLOBAL

Tiga angkasawan China pulang ke bumi selepas tertangguh akibat serpihan angkasa

Utusan Sarawak 16 hours ago
TIGA angkasawan China pulang ke bumi hari ini sekitar sembilan hari lewat daripada jadual asal selepas kapal angkasa mereka dipercayai terkena serpihan angkasa.

ISLAMABAD: Tiga angkasawan China pulang ke bumi hari ini sekitar sembilan hari lewat daripada jadual asal selepas kapal angkasa mereka dipercayai terkena serpihan angkasa, dengan media rasmi China menyiarkan kepulangan mereka secara langsung, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kapal angkasa Shenzhou-21, yang membawa pasukan angkasawan Shenzhou-20, mendarat di tapak pendaratan Dongfeng di wilayah Mongolia Dalam, utara China.

Pada 5 Nov, Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA) mengumumkan bahawa perjalanan pulang kru telah ditangguhkan susulan kemungkinan terkena serpihan kecil di orbit.

Kapal angkasa Shenzhou-20 “tidak memenuhi syarat bagi memastikan kepulangan kru secara selamat” dan sebaliknya akan kekal berada di orbit, menurut agensi itu.

Selepas berada lebih 200 hari di orbit, kru mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mendarat di bumi selepas kapal angkasa Shenzhou-21 keluar dok dari Stesen Angkasa Tiangong China.

Komander misi Chen Dong kini mencatat lebih 400 hari di angkasa, menjadikannya angkasawan China pertama mencapai pencapaian itu, dan memegang rekod nasional bagi aktiviti luar angkasa dengan enam aktiviti luar kenderaan.

Kru berkenaan akan menjalani pemeriksaan perubatan menyeluruh sebaik sahaja mereka dibawa keluar dari kapsul angkasa.

China bulan lalu melancarkan Shenzhou-21, misi penerbangan bermanusia keenamnya, dengan tiga angkasawan yang dikenali sebagai taikonaut, termasuk angkasawan termudanya setakat ini, serta empat ekor tikus.

-Bernama  

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Blue Origin lancar Roket New Glenn bawa pengorbit Marikh NASA
Next: Jerman larang penjualan ‘gas ketawa’ kepada golongan bawah umur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.