Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tidak wujud tekanan terhadap MAS untuk beli 30 pesawat Boeing – MITI
  • NASIONAL

Tidak wujud tekanan terhadap MAS untuk beli 30 pesawat Boeing – MITI

Utusan Sarawak 8 hours ago

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menegaskan tidak wujud tekanan terhadap Malaysia Airlines (MAS) untuk membeli 30 pesawat Boeing sebagai syarat untuk mendapatkan pengurangan tarif Amerika Syarikat (AS) daripada 25 peratus kepada 19 peratus.

Menerusi jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Selasa, MITI berkata keputusan pembaharuan armada MAS adalah berasaskan pertimbangan komersial dan keperluan operasi jangka panjang.

“Ianya bukanlah hasil desakan atau paksaan daripada mana-mana pihak luar.

“Malahan, pesanan awal terhadap 25 unit B737 MAX telah dibuat sejak tahun 2016, jauh mendahului rundingan tarif yang dilaksana barubaru ini,” kata kementerian itu.

MITI berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang ingin tahu jika wujudnya tekanan untuk MAS membeli 30 pesawat komersial Boeing bagi mendapatkan pengurangan tarif AS.

Dalam pada itu, tambahan 30 unit B737 MAX pada Mac 2025 pula adalah sebahagian daripada strategi penyegaran armada secara berfasa, menggantikan pesawat yang sudah berusia purata 14 tahun, katanya.

“Langkah ini adalah penting, khususnya dalam memastikan MAS mengekalkan tahap keselamatan, meningkatkan kecekapan bahan api dan kebolehdayaan pasaran dalam menghadapi persaingan sengit syarikat penerbangan global.

“Dari sudut manfaat limpahan ekonomi domestic pula, keputusan perolehan pesawat Boeing ini secara tidak langsung mengukuhkan ekosistem aeroangkasa negara, dan Malaysia telah pun menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global Boeing melalui Boeing Composites di Kedah,” katanya MITI.

Menurut MITI, sumbangan pelaburan industri aeroangkasa dalam negara dengan nilai RM25.1 bilion pada tahun 2024 telah mewujudkan sekitar 30,000 pekerjaan berkualiti tinggi.

Justeru, Boeing menjangkakan peningkatan trafik penumpang global sebanyak 4.7 peratus setahun untuk tempoh 20 tahun akan datang.

“Pelaburan atau perolehan pesawat komersial ini akan membolehkan Malaysia turut memanfaatkan potensi pertumbuhan industri pelancongan, ia adalah keputusan komersial berlandaskan faktor perniagaan dan ekonomi,” kata MITI.– Bernama

Continue Reading

Previous: Sultan Brunei tiba untuk lawatan negara ke Malaysia
Next: Sultan Brunei diberi sambutan Negara di Istana Negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.