Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tidak terpinggir, pesara juga terima manfaat pelarasan pencen SSPA
  • NASIONAL

Tidak terpinggir, pesara juga terima manfaat pelarasan pencen SSPA

Utusan Sarawak 6 months ago

Gambar hiasan - Foto fail Bernama

MARANG: Pesara kerajaan bakal menerima manfaat daripada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) apabila pencen yang mereka terima akan diselaraskan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Beliau berkata pelarasan itu akan menambah peratusan pencen diterima pesara menerusi persetujuan oleh kerajaan sekali gus membolehkan kumpulan itu menikmati kenaikan seperti diperoleh penjawat awam yang masih berkhidmat.

“Pelarasan pencen ini memang dilaksanakan setiap kali terdapat sistem saraan baharu. Bukan hanya mereka yang dalam perkhidmatan yang akan mendapat manfaat, sebaliknya pesara juga akan merasakanya.

“Namun, bagi mereka yang memilih untuk kekal dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan kemudian akan menerima pencen pada tahun hadapan, pengiraan pencen adalah berdasarkan gaji akhir SSM. Sementara bagi yang memilih opsyen SSPA, pengiraan pencen akan berdasarkan gaji akhir SSPA iaitu selepas pelarasan Disember ini,” katanya selepas menyantuni dua pesara Kerajaan Persekutuan di sini semalam.

Wan Ahmad Dahlan yang menyeru penjawat awam untuk memilih SSPA sebelum tempoh opsyen berakhir 30 Nov ini turut menjelaskan mereka yang memutuskan untuk kekal dengan SSM tidak akan dinafikan hak pencen mereka ketika bersara kelak, namun tidak akan mendapat pelarasan gaji Disember nanti.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 2024 Ogos lepas berkata pesara dan penerima pencen terbitan akan menerima pelarasan pencen sama dengan kenaikan peratusannya yang dinikmati oleh penjawat awam yang sedang berkhidmat, melalui dua fasa.- Bernama.

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat diramal berlaku di 11 negeri
Next: Musim tengkujuh dijangka bermula 5 Nov – MetMalaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.