Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tidak serik, takut undang-undang?
  • TEMPATAN

Tidak serik, takut undang-undang?

Utusan Sarawak 5 years ago
DITAHAN … Bot nelayan asing yang ditahan di jarak lebih kurang 56 batu nautika dari utara Tanjung Sirik.

TANJUNG MANIS: Maritim Negeri Sarawak menerusi Zon Maritim Tanjung Manis sekali lagi menahan sebuah Bot Nelayan Asing (BNA) di perairan Sarawak ketika bot terbabit dikesan menjalankan aktiviti menangkap ikan secara haram.

Pengarah Maritim Negeri  Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, menerusi operasi khas dua hari lalu iaitu pada 9 Julai, bot itu bersama tiga awak-awak warga Vietnam ditahan kira-kira jam 6.40 petang pada jarak lebih kurang 56 batu nautika dari utara Tanjung Sirik.      

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui lebih kurang 100 kilogram ikan campur, manakala tekong dan dua orang awak-awak gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri.

“Berdasarkan penemuan hasil tangkapan, dipercayai bahawa bot itu baru memasuki perairan negara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan media, pagi semalam.

Katanya, bot berserta hasil dan peralatan menangkap ikan dianggar bernilai RM 1 juta.

“Kesemua yang ditahan berumur lingkungan antara 33 hingga 42 tahun dibawa ke Jeti Terminal Penumpang Tanjung Manis untuk menjalani ujian saringan Covid-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut. 

“Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana tidak mempunyai permit untuk melakukan sebarang aktiviti penangkapan ikan di perairan negara dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tekong serta awak-awak tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan Maritim Malaysia telah meningkatkan kawalan dan rondaan penguatkuasaan bagi membanteras pencerobohan nelayan-nelayan asing.

Orang ramai turut diminta untuk terus memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti jenayah yang berlaku di perairan  Sarawak menerusi  talian 999.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Persatuan, individu disaran laksana tanggungjawab sosial
Next: Maritim tahan BNA ceroboh perairan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.