Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tidak rasmi: BN berjaya pertahankan kerusi DUN Ayer Kuning
  • NASIONAL

Tidak rasmi: BN berjaya pertahankan kerusi DUN Ayer Kuning

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Tiga calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning (dari kiri) Bawani K S, 40, yang mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM); Abd Muhaimin Malek, 44, dari Perikatan Nasional (PN) dan calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong, Tapah hari ini. - foto BERNAMA

TAPAH: Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Pada persaingan tiga penjuru dalam pilihan raya kecil berkenaan, calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir menang dengan majoriti 4,751 undi apabila memperoleh 10,354 undi selepas 63 daripada keseluruhan 67 peti undi siap dikira.

Calon Perikatan Nasional Abd Muhaimin Malek meraih 5,603 undi manakala Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia) mendapat 1,004 undi.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung. 

Pilihan Raya Umum ke-15 pada November 2022 menyaksikan Allahyarham Ishsam, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, memenangi kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Tabung Haji siap sedia terima kumpulan pertama Jemaah di Madinah
Next: Rasmi: BN pertahan Ayer Kuning dengan majoriti 5,006 undi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.