Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tidak perlu tergesa-gesa adakan PRN-12
  • TEMPATAN

Tidak perlu tergesa-gesa adakan PRN-12

Utusan Sarawak 5 years ago
JAWAB PEMBERITA… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjawab soalan pemberita ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat Samarahan di Dewan Suarah Kota Samarahan di Kota Samarahan semalam.

KOTA SAMARAHAN: Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak tidak perlu diadakan secara tergesa-gesa ketika kerajaan sedang berdepan dengan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan, walaupun PRN-12 boleh diadakan pada bila-bila masa sekarang ini, namun kesihatan rakyat perlu dipertimbangkan sebelum beliau membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kami (kerajaan) sedang memantau situasi. Kenapa perlu tergesa-gesa (adakan pilihan raya), kerana (kesihatan) rakyat adalah lebih penting,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat Samarahan di Dewan Suarah Kota Samarahan di sini semalam.

Sementara itu, Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak sudah meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang sesuai untuk melaksanakan PRN-12.

Bagaimanapun, Ketua Menteri menjelaskan Kerajaan Sarawak belum menerima maklum balas berhubung langkah dan SOP yang perlu dipatuhi jika pilihan raya terpaksa diadakan dalam masa terdekat.

“Kita sudah meminta nasihat pakar termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai langkah perlu untuk mengadakan PRN ketika pandemik itu belum reda sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Agung GPS Datuk Alexander Nanta Linggu berkata, gabungan itu yang turut dianggotai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) masih belum menetapkan tarikh untuk mengadakan PRN.

“Sehingga kini masih belum ada mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS bagi membincangkan PRN,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kerajaan GPS akan risaukan mengenai peningkatan jangkitan COVID-19 dan mengambil serius mengenai bahaya virus itu terhadap keselamatan dan kehidupan rakyat di Sarawak.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Samarahan pesat membangun
Next: Fatimah terima kunjungan Dev Kumar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.