
PUTRAJAYA, 3 Okt -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan selepas Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara berkenaan COVID-19 di Bangunan Perdana Putra, hari ini.?--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA??PUTRAJAYA, Oct 3 -- Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob during a press conference regarding the Recovery Movement Control Order after a special National Security Council meeting on COVID-19 at Bangunan Perdana Putra, today.?--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHT RESERVED

PUTRAJAYA: Tidak ada keperluan untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, meskipun angka positif Covid-19 dilihat besar, namun kebanyakan kes itu melibatkan tahanan penjara di Kedah dan Sabah, yang terasing daripada komuniti.
“PKP ke hari ini? Tidak… kita tidak akan mengisytiharkan PKP kerana contohnya kelmarin, walaupun mencatatkan jumlah 287 kes tetapi 128 daripada 129 kes di Kedah misalnya, adalah melibatkan Kluster Tembok iaitu mereka di dalam penjara.
“Di Sabah, 35 kes adalah melibatkan Kluster Benteng juga di penjara… yang di luar 78 kes dan walaupun angka itu juga besar namun kami sudah buat kawalan,” katanya, pada sidang media selepas menghadiri Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, semalam.
Beliau berkata, kes di negeri-negeri lain juga mencatatkan angka yang rendah, sama ada satu hingga tiga kes sahaja, kecuali Selangor 31, namun ia belum sampai ke tahap merah.
— Bernama