Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiang santuni peniaga, pengunjung, samarakkan Tahun Baharu Cina di Pasar Jaya Li Hua
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiang santuni peniaga, pengunjung, samarakkan Tahun Baharu Cina di Pasar Jaya Li Hua

Utusan Sarawak 4 hours ago
SANTUNI… Tiang menyantuni peniaga dan pengunjung Pasar Jaya Li Hua di Jalan Pahlawan, hari ini.

SIBU: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee menyantuni para peniaga serta pengunjung di Pasar Jaya Li Hua, Jalan Pahlawan, hari ini.

Dalam kunjungan tersebut, beliau turut mengagihkan tanglung dan sampul duit (angpau), sekali gus menyemarakkan lagi kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina.

Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata, pendekatan berkenaan memberi ruang untuk berkongsi kegembiraan musim perayaan selain berinteraksi dengan masyarakat dalam suasana lebih mesra dan santai.

Menurutnya, program sama akan diteruskan ke beberapa pasar di Pelawan bagi menyantuni masyarakat setempat sempena musim perayaan ini.

“Saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat tanpa mengira kaum. Rakyat Sarawak sentiasa meraikan perayaan bersama dalam suasana harmoni.

“Saya mendoakan agar semua dikurniakan kemakmuran, kegembiraan dan kesihatan yang baik sempena Tahun Kuda,” katanya ketika ditemui pemberita.

Dalam pada itu, Tiang turut mengingatkan bahawa rakan-rakan Muslim di Sarawak bakal menyambut Ramadan pada hari ketiga Tahun Baharu Cina.

“Saya mendoakan agar mereka dapat menjalani ibadah puasa dalam keadaan aman, sejahtera dan penuh keberkatan bersama keluarga. Ramadan merupakan bulan yang amat bermakna buat seluruh umat Islam di Sarawak,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gerawat saksikan penyerahan tapak projek Jalan Marudi–Mulu di Poyut Lubok Nibong 
Next: Kompleks Sukan Mini Selangau RM11.5 juta dijangka siap pada November 2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.