Tiang gazebo rosak dilanggar bot tunda

Facebook
WhatsApp
ALAMI KEROSAKAN… Clarence Ting menunjukkan salah satu tiang gazebo di Taman Chiang Chuan bersebelahan Kuil Tua Pek Kong mengalami kerosakan teruk selepas dilanggar bot tunda sekitar 7.30 pagi tadi. Foto Clarence Ting

SIBU: Tiang salah satu gazebo di Taman Chiang Chuan bersebelahan Kuil Tua Pek Kong mengalami kerosakan teruk selepas dilanggar bot tunda sekitar 7.30 pagi tadi.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting menerusi kenyataannya menggesa pihak berkuasa Pelabuhan Rejang supaya berpindah ke lokasi baharu kerana lokasi ini tidak lagi sesuai untuk pelabuhan.

“MPS akan membuat laporan polis dan seterusnya menjalani prosedur untuk membaiki kerosakan. Pekerja bot tunda juga telah datang ke taman untuk memaklumkan bahawa mereka bertanggungjawab,” katanya.
Oleh Akun Giman