Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiada unsur jenayah kebakaran lori tangki minyak di KPDN
  • KEMALANGAN

Tiada unsur jenayah kebakaran lori tangki minyak di KPDN

Utusan Sarawak 2 years ago

Kebakaran melibatkan sebuah lori tangki dan tempat penyimpanan tangki minyak diesel jenis IBC (plastik) di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Jalan Ellis di sini, tengah malam tadi.

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Padungan tidak menemui sebarang unsur jenayah sebagai punca kejadian kebakaran di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Jalan Ellis di sini, tengah malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam satu kenyataan, kebakaran melibatkan sebuah lori tangki dan tempat penyimpanan tangki minyak diesel jenis IBC (plastik).

Stor penyimpanan bahan dan gas petroleum cecair (LPG) selain 14 daripada 16 kenderaan pelbagai jenis dilaporkan terselamat dari kebakaran.

Susulan panggilan diterima pada 12.55 tengah malam tadi, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan ke lokasi diketuai PBK I KUP Patrick Mawong.

Turut membantu operasi pemadaman ialah 10 anggota BBP Batu Lintang diketuai PBK II Awang Saiful,.

Antara agensi lain yang turut berada di lokasi ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sarawak Energy Berhad (SESCO).

Kebakaran setakat ini dilaporkan tidak melibatkan struktur bangunan.

Continue Reading

Previous: Pemandu cedera, lori hilang kawalan
Next: Mayat lelaki reput ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.