Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiada unsur jenayah dalam kes wanita ditemukan meninggal dunia dalam kereta
  • JENAYAH

Tiada unsur jenayah dalam kes wanita ditemukan meninggal dunia dalam kereta

Utusan Sarawak 10 hours ago
Anggota polis berada di lokasi kejadian tempat wanita berkenaan ditemui.

KUCHING: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kes penemuan mayat seorang wanita tempatan berusia lingkungan 20-an di dalam sebuah kereta yang diparkir di sebuah pusat membeli-belah di sini semalam, dan kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).

Menurut kenyataan polis, aduan mengenai kejadian itu diterima pada 1.55 petang daripada orang awam yang memaklumkan terdapat seorang wanita tidak sedarkan diri di dalam kenderaan berkenaan.

“Sepasukan anggota polis telah dihantar ke lokasi kejadian bagi mengesahkan aduan tersebut dan mendapati seorang wanita terbaring di tempat duduk pemandu hadapan. 

“Pihak Bomba dari Balai Bomba Tabuan Jaya turut dihubungi untuk membantu membuka pintu kenderaan yang terkunci dari dalam,” menurut kenyataan itu.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS).

Hasil semakan lanjut mendapati wanita berkenaan merupakan individu yang dilaporkan hilang di kawasan Tabuan Jaya sebelum ini. Mayatnya telah dibawa ke Jabatan Forensik HUS untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Siasatan awal polis di lokasi mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes berkenaan disiasat sebagai mati mengejut (SDR).

Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ops Kesan: AADK Miri tahan 18 individu, jalani pemulihan di PUSPEN
Next: Empat lelaki ditangkap dalam serbuan judi di Kampung Tellian Tengah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.