Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tiada unsur dera kematian pegawai kadet PALAPES UTM – Menteri
  • NASIONAL

Tiada unsur dera kematian pegawai kadet PALAPES UTM – Menteri

Utusan Sarawak 22 hours ago
MENTERI Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (tiga kanan) menyaksikan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar Yayasan Perkasa Siswa Hirman Awang (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Ummu Haiman Bee Daulatgum (dua kanan) ketika menziarahi waris kepada Syamsul Haris Shamsudin yang telah meninggal dunia ketika menjalani latihan Palapes Universiti Teknologi Mara (UTM) di Taman Pelangi Semenyeh hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Siasatan mendapati tiada unsur penderaan ke atas pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Syamsul Haris Shamsudin, yang meninggal dunia ketika mengikuti latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram di Johor pada 28 Julai lepas.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan itu diperoleh jawatankuasa berkenaan yang membabitkan beberapa kementerian iaitu Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Beliau berkata insiden itu berlaku sehari selepas mangsa memulakan latihan pada 27 Julai dan latihan berkenaan dijalankan mengikut arahan garis panduan serta prosedur ditetapkan.

“Keterangan saksi lebih 30 individu termasuk peserta dan jurulatih latihan mengesahkan semua bentuk latihan diberikan berlandaskan prosedur yang telah ditentukan dan tiada penderaan dilaporkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia di sini hari ini.

Berdasarkan aspek perubatan, Mohamed Khaled berkata bedah siasat yang dilakukan di Hospital Kota Tinggi dengan kehadiran petugas perubatan tentera mengesahkan bahawa semua bantuan awal diberikan kepada mangsa mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Laporan hospital juga mengesahkan tiada sebarang kesan kecederaan pada jasad, sejajar dengan dapatan siasatan polis. Punca kematian akan diketahui selepas laporan penuh diperoleh, yang dijangka mengambil masa satu hingga dua bulan,” katanya.

Mohamed Khaled menegaskan insiden itu tidak wajar dikaitkan atau disamakan dengan kejadian kematian seorang pelajar di Sabah dan sekiranya terdapat unsur penderaan atau jenayah, pihak kementerian akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

Syamsul Haris, 22, dilaporkan meninggal dunia pada 28 Julai ketika menjalani latihan Inokulasi Tempur di PULADA.

Penuntut Semester 2 Ijazah Sarjana Muda Sekuriti Siber UTM yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu menyertai latihan Palapes UTM itu bermula 27 Julai lepas dan sepatutnya berakhir 2 Ogos.– Bernama

Continue Reading

Previous: Dokumen tambahan: Mahkamah Persekutuan tolak rayuan AG
Next: 0.3 peratus penjawat awam bankrap antara 2020 hingga Jun 2025 – MOF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.