Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tiada tekanan terhadap Mbappe buru gelaran Liga Juara-Juara – Alonso
  • SUKAN

Tiada tekanan terhadap Mbappe buru gelaran Liga Juara-Juara – Alonso

Utusan Sarawak 15 hours ago

Penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe. Foto AFP

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Xabi Alonso menegaskan bintang sensasi, Kylian Mbappe tidak berasa tertekan untuk meraih gelaran sulung Liga Juara-Juara bersama Los Blancos yang bakal membuka kempen menentang Marseille di Santiago Bernabeu, awal pagi Rabu ini.

Penyerang berusia 26 tahun itu meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) musim panas lalu untuk menyertai Real, juara terbanyak dengan 15 trofi Liga Juara-Juara.

Namun, bekas kelabnya pula mencipta sejarah menjulang kejuaraan buat kali pertama.

“Dia tidak cemas, kami semua merasakan projek ini baru sahaja bermula. Salah satu objektif semestinya memenangi Liga Juara-Juara, dan Kylian sebahagian daripada perjalanan itu, tetapi dia tidak terbeban,” kata Alonso pada sidang media pra-perlawanan.

Mbappe sebelum ini berdepan PSG ketika Piala Dunia Kelab, namun Real dimalukan kekalahan 0-4 di separuh akhir. 

Bagaimanapun, penyerang Perancis itu ketika itu tidak berada di tahap terbaik akibat masalah gastroenteritis.

Kini, Mbappe memulakan musim La Liga dengan cukup garang, meledak empat gol dalam empat perlawanan pertama.

“Di Piala Dunia Kelab, itu hanya ‘Kylian versi ringan’. Tapi tiada siapa boleh menafikan kepimpinannya, daripada personaliti, pengalaman hingga pengaruhnya terhadap rakan sepasukan,” tambah Alonso.

Real mendominasi pentas Eropah dengan enam kejuaraan dalam 12 edisi terakhir, namun Alonso enggan melihat ia sebagai beban tambahan.

“Itu fakta, satu penghormatan dan motivasi. Ia juga tanggungjawab yang perlu dinikmati. Bagi saya, ia satu keistimewaan,” jelasnya. – AFP

Continue Reading

Previous: Terbuka Mesir 2025: Sivasangari mara ke suku akhir
Next: Kecewa musim lalu, Arsenal kini buru trofi Eropah – Arteta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.