Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiada sebab tak rai 31 Ogos
  • TEMPATAN

Tiada sebab tak rai 31 Ogos

Utusan Sarawak 3 years ago

KENANGAN…Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali bergambar bersama peserta kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti program Beliaku Ceria Merdeka di Kampung Astana, Petra Jaya, semalam.

KUCHING: Tiada sebab untuk rakyat Sarawak untuk tidak menyambut Hari Kebangsaan pada tarikh 31 Ogos.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang, MA63, dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata ia adalah hanya simbolik.

“Kita telah meraikannya (31 Ogos) sekian lama, mengapa tidak (teruskan)? Ia adalah satu lagi perayaan yang kita kumpulkan, bersyukurlah untuk Malaysia dan kejayaan Sarawak dan negara keseluruhannya.

“Rakyat Sarawak tidak seharusnya mengehadkan sambutan hanya ketika Hari Malaysia (16 September) dan Hari Sarawak (22 Julai),” katanya selepas merasmikan program Beliaku Ceria Merdeka di Kampung Astana, Petra Jaya di sini semalam.

Kebelakangan ini, segelintir rakyat negeri ini menyuarakan tidak perlu untuk menyambut Hari Merdeka pada 31 Ogos kerana ia menandakan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, dan tiada kaitan dengan Sarawak.

Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, manakala Sarawak mula berkerajaan sendiri pada 22 Julai 1963.

Bagaimanapun, menurut Sharifah Hasidah, sambutan Hari Kebangsaan perlu dipelihara, dan rakyat Sarawak perlu meraikan semua majlis yang baik demi semangat keharmonian dan kejayaan negara.

“Ini adalah perayaan kebaikan dan keharmonian yang kita ada. Kebaikan dan keharmonian ini tidak datang dengan mudah, dan ia adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh. 

“Setiap perayaan yang kita ada mempunyai kepentingan sejarah. Rakyat Sarawak harus meraikan semua yang mewakili kepelbagaian budaya, negara, kebersamaan, serta semangat dan hubungan baik persekutuan dan negeri.

“Sebagai rakyat Sarawak, mengapa tidak kita meraikan semua sambutan yang baik ini demi semangat keharmonian dan kejayaan negara,” katanya.

Continue Reading

Previous: Program Mansang Anak Sarawak bentuk pemimpin masa depan
Next: Pelajari Bahasa Isyarat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.