Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiada perebutan kuasa dalam GPS, kepimpinan negeri kekal utuh
  • TEMPATAN

Tiada perebutan kuasa dalam GPS, kepimpinan negeri kekal utuh

Utusan Sarawak 5 hours ago
ADUN Gedong, Dato Sri Mohd Naroden Majais menghadiri Pertandingan Futsal Terbuka Pesta Gedong 2025, hari ini.

GEDONG: Tuduhan mengenai wujudnya perebutan kuasa dalam kepimpinan negeri yang tular di media sosial baru-baru ini disifatkan sebagai tidak berasas serta berunsur fitnah yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) merangkap Wakil Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Dato Sri Mohd Naroden Majais berkata tindakan menyebarkan dakwaan sedemikian jelas tidak bertanggungjawab serta berniat mencetuskan ketegangan dalam kalangan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS), khususnya dalam PBB.

“Ini merupakan tuduhan yang tidak berasas dan tidak berpijak pada realiti. Ia dilihat sebagai cubaan untuk menimbulkan kekeliruan serta menggugat kestabilan kepimpinan yang sedia terjalin dalam parti,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa Pertandingan Futsal Terbuka Pesta Gedong 2025, hari ini.

ADUN Gedong, Dato Sri Mohd Naroden Majais berucap selepas Pertandingan Futsal Terbuka Pesta Gedong 2025, hari ini.

Beliau menegaskan, sehingga kini tidak pernah wujud sebarang perbincangan atau kenyataan rasmi daripada mana-mana pimpinan negeri sama ada di peringkat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mahupun Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sendiri berhubung dakwaan wujudnya desakan ke arah peralihan kuasa.

“Saya amat bersyukur kerana dapat berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Cawangan PBB Gedong di bawah pimpinan Premier Sarawak yang juga merupakan Ketua Cawangan kami. 

“Kami sering mengadakan pertemuan sekitar dua hingga tiga kali sebulan bagi membincangkan keperluan serta pembangunan di kawasan Gedong,” tambahnya.

Menurut beliau, Premier Sarawak yang turut dilantik sebagai Penasihat MINTRED, sentiasa bekerjasama rapat dengan Menteri MINTRED, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dalam merangka dasar dan perancangan pembangunan keusahawanan dan industri di negeri ini.

Naroden turut menzahirkan keyakinan terhadap kewibawaan barisan kepimpinan negeri yang disifatkan sebagai mantap, bersatu padu dan mendapat sokongan penuh daripada ahli-ahli Kabinet.

“Pasukan di bawah pimpinan Premier Sarawak berfungsi dengan amat baik. Ia bukan sahaja membanggakan rakyat Sarawak bahkan turut memperkukuh imej positif Malaysia di peringkat nasional,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, tidak timbul sebarang keperluan untuk mempertikai keputusan yang telah dibuat dalam PBB kerana keseluruhan barisan pimpinan telah menunjukkan prestasi cemerlang serta komitmen yang tinggi dalam mentadbir negeri.

“Tiada keperluan langsung untuk mendesak sebarang perubahan dalam kepimpinan. Sebagai anak Sarawak, kita semua pastinya mahu melihat negeri ini terus maju dan makmur di bawah teraju kepimpinan yang berpengalaman, berwibawa serta terbukti berjasa kepada rakyat.”

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pemimpin akar umbi tulang belakang pembangunan luar bandar
Next: Tokong sebagai titik perpaduan, sokongan sosial masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.