Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiada penduduk awam Gaza terima bantuan kemanusiaan minggu ini
  • GLOBAL

Tiada penduduk awam Gaza terima bantuan kemanusiaan minggu ini

Utusan Sarawak 7 hours ago
90 peratus kanak-kanak di Gaza berada di ambang kebuluran.

GENEVA: Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mendakwa bahawa tiada seorang pun penduduk awam di Gaza menerima bantuan kemanusiaan yang dihantar ke wilayah itu minggu ini, sambil memberi amaran bahawa penghantaran yang sangat terhad boleh mencetuskan kekacauan dan keganasan.

“Saya boleh buktikan bahawa tiada siapa yang menerima bantuan.

“Tiada penduduk awam menerima apa-apa setakat ini,” kata Younis Al Khatib kepada wartawan dalam sidang media di Geneva, malam tadi.

“Kebanyakan trak bantuan masih berada di Kerem Shalom di sempadan – sudah diperiksa, tetapi belum masuk ke Gaza,” katanya seperti dilaporkan oleh Anadolu Ajansi (AA).

Al Khatib menggambarkan keadaan di lapangan sebagai amat kritikal dan berkata bantuan yang sangat minimum hanya memburukkan lagi krisis kemanusiaan.

“Saya fikir ini seperti satu jemputan kepada kematian.

‘Mereka sedang kelaparan,” katanya, sambil menambah bahawa kekurangan makanan yang teruk sudah pun meragut nyawa.

Beliau memetik laporan yang menunjukkan bahawa 90 peratus kanak-kanak di Gaza berada di ambang kebuluran.

“Hari ini, kita dengar laporan mengenai kanak-kanak yang meninggal dunia akibat kelaparan.

“Sukar untuk mengelakkan keadaan menjadi huru-hara dan kejadian rampasan bantuan,” katanya.

Dalam sidang media berasingan yang turut diadakan di Geneva, Menteri Kesihatan Palestin Majed Abu Ramadan berkata seramai 29 orang, termasuk kanak-kanak dan warga emas, telah meninggal dunia dalam beberapa hari kebelakangan ini akibat masalah berkaitan kebuluran.

“Dalam beberapa hari lalu, kita kehilangan 29 kanak-kanak dan warga emas yang tidak berdosa,” katanya, sambil menyifatkan mangsa sebagai “kematian akibat kebuluran.” – Bernama – Anadolu

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pemandu teksi Jepun disyaki rogol 50 wanita, ditahan
Next: Dua maut dalam nahas pesawat ringan di California

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.