Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiada pemotongan subsidi LPG, hanya sekat salah guna
  • TEMPATAN

Tiada pemotongan subsidi LPG, hanya sekat salah guna

Utusan Sarawak 3 days ago
AHLI Parlimen Miri Chiew Choon Man. 

MIRI: Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man menegaskan dakwaan kerajaan telah memansuhkan atau memotong subsidi tong gas petroleum cecair (LPG) adalah tidak benar.

Katanya, subsidi LPG untuk kegunaan isi rumah masih dikekalkan dan tidak terjejas.

“Sebagai Ahli Parlimen Miri, saya terpanggil untuk memberi penjelasan ini agar rakyat tidak terus terpengaruh dengan maklumat yang tidak sahih.

“Saya juga menyokong usaha kerajaan melalui KPDN untuk mengekang ketirisan subsidi, kerana sebarang penyalahgunaan akan memberi kesan langsung kepada rakyat yang benar-benar layak menerima manfaat.

“Saya menggesa semua pihak untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada sumber rasmi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kegusaran awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Merujuk kepada kenyataan rasmi Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, beliau menjelaskan bahawa tiada isu pemansuhan atau pemotongan subsidi LPG oleh kerajaan hari ini, sebaliknya ia adalah usaha mengekang isu ketirisan barang kawalan dan manipulasi dalam aktiviti perniagaan yang sedang giat dijalankan.

Operasi Gas Memasak (Ops Gasak) yang bermula sejak 1 Mei 2025 bukan dasar baharu, sebaliknya berpaksikan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 yang telahpun dikuatkuasakan sejak 15 Oktober 2021.

Subsidi LPG akan terus dapat dinikmati oleh golongan sasar iaitu pengguna kerana ia adalah subsidi dapur rumah rakyat, bukannya subsidi sektor komersial.

Ops Gasak hanya tertumpu kepada mengekang ketirisan subsidi LPG, terutamanya penggunaan tidak sah oleh sektor komersial dan industri, serta membanteras aktiviti haram yang dikenali sebagai ‘decanting’, iaitu memindahkan gas bersubsidi ke dalam tong tidak bersubsidi untuk dijual secara haram dan mengaut keuntungan mudah.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Permohonan geran MRP perlu tujuan jelas, spesifikasi tepat
Next: RM924,410 disalur kepada 23 penerima projek khas di Padawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.