Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiada pemindahan mangsa banjir di Kapit
  • TEMPATAN

Tiada pemindahan mangsa banjir di Kapit

Utusan Sarawak 4 years ago
JALAN masuk ke Rumah John Ramba telah dinaiki air sedalam 0.5 meter, semalam.

KAPIT: Hujan yang berterusan menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dinaiki air, semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Erwandy Tugor, setakat tengah hari semalam, beberapa rumah di Kampung Muhibbah dinaiki air sedalam 0.2 hingga 0.3 meter.

“Setakat ini, tiada pemindahan mangsa dilakukan dengan trend air masih menaik,” jelasnya ketika dihubungi pemberita, semalam.

Jelasnya lagi, hasil pemantauan banjir seawal jam 8.15 pagi semalam mendapati beberapa rumah di Kampung Baru juga dinaiki air sedalam satu meter dengan trend air masih menaik.

“Bagi kawasan jalan masuk menuju ke Rumah John Ramba pula, air sedalam 0.3 hingga 0.5 meter dicatatkan.

“Bagaimanapun, air masih menunjukkan trend menaik,” ujarnya.

Oleh NURZILLA MOHAMAD

Continue Reading

Previous: Ahmad Johnie tampil beri sumbangan
Next: RM2.5 JUTA PULIH ST. JOSEPH

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.