Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiada pembekuan harga walaupun darurat tenaga nasional diisytiharkan di Filipina
  • GLOBAL

Tiada pembekuan harga walaupun darurat tenaga nasional diisytiharkan di Filipina

Utusan Sarawak 9 hours ago
TIADA pembekuan harga walaupun darurat tenaga nasional diisytiharkan di Filipina. Gambar hiasan.

MANILA: Jabatan Perdagangan dan Industri (DTI) Filipina menjelaskan pada Jumaat bahawa tiada pembekuan harga dilaksanakan ketika ini walaupun Malacanang mengisytiharkan darurat tenaga nasional, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Dalam satu kenyataan, DTI berkata, bekalan dan harga barangan keperluan asas serta barangan utama kekal stabil susulan pengeluaran Perintah Eksekutif (EO) No. 110 yang bertujuan melindungi bekalan minyak domestik di tengah-tengah konflik Asia Barat.

Menurut DTI, EO 110 adalah langkah strategik yang direka khusus untuk menangani potensi gangguan dalam rantaian bekalan minyak global.

Perintah itu juga mengaktifkan Program Pakej Bersatu untuk Sara Hidup, Industri, Makanan dan Pengangkutan (UPLIFT), yang menyediakan subsidi bersasar kepada sektor pengangkutan dan pertanian.

“Dengan menstabilkan kos pengangkutan barangan, kerajaan secara proaktif menghalang tekanan inflasi yang sebaliknya mungkin memerlukan pembekuan harga,” kata DTI.

Agensi itu turut memaklumkan yang pihaknya berinteraksi dengan sektor swasta, termasuk mengadakan mesyuarat dengan 21 pengeluar utama barangan keperluan  seperti sardin dalam tin, roti, air botol, mi segera dan kopi yang “secara rasmi berjanji untuk mengekalkan harga semasa bagi tempoh 30 hingga 60 hari akan datang.”

“Kerjasama seluruh industri ini memastikan harga kekal berpatutan tanpa memerlukan campur tangan wajib kerajaan,” katanya.

Komitmen 30 hari itu berlangsung sehingga 16 April, manakala tempoh 60 hari berakhir pada 16 Mei.

Berdasarkan pemantauan harga dan bekalan, DTI menyatakan yang tahap inventori bagi barangan keperluan asas masih mencukupi.

“Tiada kekurangan bekalan yang boleh menyebabkan kenaikan harga secara tidak munasabah,” katanya, susulan pengumuman oleh kumpulan pasar raya dan peruncit mengenai pelarasan harga yang dirancang bermula 1 April 2026 akibat konflik berterusan di Asia Barat.

DTI turut menegaskan yang walaupun tiada ‘pembekuan harga’ rasmi, pasukan perlindungan pengguna berada dalam keadaan berjaga-jaga tahap tinggi.

“Kami terus memantau pematuhan terhadap Buletin Harga Runcit Disyorkan (SRP) serta barangan keperluan asas dan utama tanpa SRP. Mana-mana peruncit yang didapati melakukan pencatutan (menaikkan harga lebih 10 peratus tanpa alasan munasabah) atau menyorok barang akan dikenakan tindakan undang-undang sepenuhnya, termasuk denda pentadbiran dan kemungkinan hukuman penjara,” katanya. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Insiden helikopter dan pesawat penumpang hampir bertembung di California, disiasat
Next: Indonesia haramkan penggunaan media sosial untuk kanak-kanak bawah 16 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.