Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiada laporan segera mangsa dalam gempa bumi bermagnitud 5.1 di Xinjiang
  • GLOBAL

Tiada laporan segera mangsa dalam gempa bumi bermagnitud 5.1 di Xinjiang

Utusan Sarawak 2 hours ago
GAMBAR hiasan.

URUMQI: Tiada laporan segera diterima mengenai mangsa yang tercedera atau kejadian rumah runtuh selepas gempa bumi bermagnitud 5.1 melanda Daerah Yuli di wilayah Xinjiang, barat laut China hari ini, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.

Bencana itu berlaku pada 12.12 tengah hari pada kedalaman 15 kilometer. Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, pusat gempa terletak pada latitud 40.88 darjah utara dan longitud 84.17 darjah timur.

Pegawai kerajaan daerah Yuli memaklumkan bahawa gegaran tersebut dirasai dengan kuat oleh penduduk di kawasan berkenaan.

Kakitangan tindak balas kecemasan dan pasukan bomba telah dikerahkan sejurus selepas kejadian, manakala pasukan penyelamat pula dihantar terus ke lokasi pusat gempa.

Setakat ini, pihak berkuasa mengesahkan bahawa perkhidmatan pengangkutan, bekalan elektrik, telekomunikasi serta aktiviti harian penduduk di daerah itu masih berjalan seperti biasa.

-Bernama  

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Ketua kartel dadah utama Mexico ‘El Mencho’ terbunuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.