Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiada laporan kerosakan infrastruktur susulan banjir kilat di Limbang
  • Utara
  • WILAYAH

Tiada laporan kerosakan infrastruktur susulan banjir kilat di Limbang

Utusan Sarawak 5 hours ago
AGIHAN BUBUR…Suleiman mengagihkan bubur lambuk bagi meriahkan Program Semarak Kasih Ramadan di SK Melayu Pusat Limbang. 

LIMBANG: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Limbang setakat ini tidak menerima sebarang laporan kerosakan infrastruktur atau harta benda susulan banjir kilat yang melanda daerah itu baru-baru ini.

Pengerusinya, Sulaiman Engal, berkata hujan lebat yang berlaku sebelum ini menyebabkan air naik secara mendadak sehingga mencetuskan banjir kilat di beberapa kawasan, termasuk di Medamit, sekali gus memaksa beberapa keluarga berpindah.

“Setakat ini tiada laporan kerosakan harta benda diterima susulan kejadian banjir kilat tersebut,” katanya ketika ditemui pada Program Semarak Kasih Ramadan anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Melayu Pusat Limbang di Sekolah Kebangsaan Melayu Pusat Limbang, hari ini.

Sulaiman yang juga Pegawai Daerah Limbang berkata pihaknya masih menunggu laporan daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia berhubung kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Tasik Bukit Mas.

Beliau berkata jalan di Bukit Kota yang terjejas akibat tanah runtuh pada Sabtu lalu dijangka dibuka semula selepas kerja pembersihan dan pembaikan kawasan selesai dilaksanakan.

Terdahulu, kira-kira 400 pek bubur kacang diagihkan kepada pengguna jalan raya sebagai sebahagian daripada program bagi mengimarahkan Ramadan.

Turut hadir, Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan, Khairul Amree Abdul Rahman, serta wakil Guru Besar sekolah itu, Norpiah Salleh.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: 140 pek juadah daging kari diagihkan kepada pengguna jalan raya di Daro
Next: Masjid Nurul Yakin Kampung Muhibbah Ladang Tiga terima peruntukan MRP RM20,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.