Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tiada kompromi mengenai standard halal terhadap import AS – Tengku Zafrul
  • NASIONAL

Tiada kompromi mengenai standard halal terhadap import AS – Tengku Zafrul

Utusan Sarawak 17 hours ago
MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bercakap pada sidang akhbar berkaitan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) di Menara MITI hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Produk halal yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) masih perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Perkara yang telah kita persetujui dengan AS adalah bagi memudahkan proses mengimport produk halal ke Malaysia, tetapi tidak berkompromi dengan piawaian halal,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

AS telah mengumumkan pengurangan kadar tarif ke atas eksport Malaysia ke negara itu kepada 19 peratus daripada 25 peratus sebelum ini.

 Tengku Zafrul menyangkal dakwaan bahawa Malaysia berkompromi dalam aspek keperluan halal, sambil menekankan bahawa kerajaan tetap tegas dalam isu berkenaan.

“Kerajaan tidak akan berubah daripada pendirian kami dalam isu ini. Oleh itu, kami berharap tiada pihak yang memberikan tanggapan yang mengelirukan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: 16 jelitawan rebut takhta Miss Universe Malaysia 2025
Next: KWSP sedia sokong kajian lanjut perkukuh pilihan pendapatan persaraan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.