Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tiada kes kekurangan isi padu RON95 dikesan dalam pemeriksaan KPDN
  • NASIONAL

Tiada kes kekurangan isi padu RON95 dikesan dalam pemeriksaan KPDN

Utusan Sarawak 5 hours ago

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesahkan tiada sebarang kesalahan yang melibatkan kuantiti (isi padu) minyak petrol RON95 di bawah ralat maksimum yang dibenarkan, dan semua pengusaha stesen minyak mematuhi standard pengukuran yang ditetapkan.

Pemeriksaan ini dijalankan susulan aduan pengguna yang mendakwa kuantiti petrol yang diterima kurang daripada jumlah sepatutnya selepas pelaksanaan Program BUDI MADANI RON95.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam, berkata KPDN telah membuat pemeriksaan rawak terhadap 2,282 dispenser RON95 di 584 stesen minyak pelbagai jenama, termasuk Stesen Minyak Utama, Stesen Minyak Mini, dan Stesen Minyak Mini Tanpa Jenama, bermula 3 hingga 9 Nov lepas.

“Pemeriksaan ini bertujuan memastikan semua pam dispenser telah menjalani proses penentusahan (verification) dan tempohnya masih sah, memastikan ketepatan fungsi pam dispenser berada dalam ralat yang dibenarkan serta mengesan sebarang unsur manipulasi atau ketidakpatuhan teknikal oleh pengusaha stesen minyak.

“Sepanjang operasi dijalankan, tiada kesalahan yang melibatkan kuantiti (isipadu) minyak RON95 di bawah ralat maksimum yang dibenarkan dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Datuk Azman, KPDN komited memastikan ketepatan sukatan petrol RON95 sentiasa terjamin agar tidak menjejaskan pengguna.

Beliau berkata pemeriksaan berkala akan diteruskan dari masa ke masa, dan tindakan tegas boleh diambil sekiranya terdapat unsur manipulasi atau ketidakpatuhan mengikut peruntukan undang-undang.

Mana-mana individu yang didapati bersalah mengurangkan kuantiti kepada pengguna boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972, yang memperuntukkan denda maksimum RM4,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, serta pelucutan hak ke atas alat timbang atau sukatan.

Beliau menegaskan perlindungan pengguna dan keadilan dalam urus niaga sentiasa menjadi keutamaan KPDN. Pengguna yang mempunyai maklumat atau aduan boleh menyalurkannya melalui WhatsApp di 019-8488000 / 019-2794317, portal e-aduan@kpdn.gov.my atau pusat panggilan di talian 1-800-886-800.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kempen Internet Selamat lepasi sasaran tahun ini – Fahmi
Next: Banjir di Hat Yai: Pelajar dan pensyarah UUM masih terkandas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.