Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tiada kes Covid-19 baharu di Sarawak
  • SEMASA

Tiada kes Covid-19 baharu di Sarawak

Utusan Sarawak 5 years ago

NUR AIN OTSMAN

KUCHING: Tiada kes positif Covid-19 dilaporkan di Sarawak, semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), jumlah kes positif Covid-19 di Sarawak kekal seramai 544 kes.

“Manakala, seramai empat kes baharu sembuh dan discaj dari hospital yakni Hospital Umum Sarawak.

“Jumlah keseluruhan kes postif Covid-19 yang telah sembuh dan discaj ialah seramai 432 kes atau 79.41peratus,” kata kenyataan itu.

Seramai tujuh Kes-Kes yang Disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan seramai 29 kes masih menunggu keputusan makmal.

Dalam pada itu, pada semalam juga, sebanyak 4,944 jumlah permohonan pergerakan antara daerah yang diterima di 28 buah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Polis Diraja Malaysia (PDRM) seluruh Sarawak menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 26,992 permohonan.

“Daripada jumlah kumulatif tersebut, sebanyak 25,237 telah diluluskan dan 1,755 ditolak.

“Sehingga semalam sebanyak 27,740 pemberitahuan sektor ekonomi yang telah dibuka diterima.

“Daripada jumlah tersebut, 20,240 adalah melalui atas talian dan 7,500 melalui email,” ujarnya lagi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) juga telah menyelaraskan kepulangan pelajar yang balik dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan seramai 6,331 pelajar.

“Di samping itu, JPBN juga telah menyelaras seramai 1,702 pelajar tempatan dalam Sarawak untuk balik ke kampung halaman,” jelas kenyataan tersebut.

Continue Reading

Previous: Covid-19: Kumulatif kematian 113 kes
Next: Hanya 22 kes positif Covid-19 semalam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.