Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Tiada kaitan antara vaksin Covid-19 dan kematian mengejut di India – Laporan
  • KESIHATAN

Tiada kaitan antara vaksin Covid-19 dan kematian mengejut di India – Laporan

Utusan Sarawak 23 hours ago

NEW DELHI:  Kementerian Kesihatan India menegaskan bahawa tiada kaitan antara vaksinasi COVID-19 dan insiden kematian mengejut yang tidak dapat dijelaskan di negara itu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan mengenai peningkatan kes kematian mengejut dalam kalangan golongan muda di India, hingga mencetuskan spekulasi meluas kononnya ia berpunca daripada vaksin COVID-19.

“Isu berkaitan kematian mengejut tanpa punca yang jelas telah disiasat beberapa agensi di India.

“Kajian-kajian ini secara tuntas membuktikan bahawa tiada hubungan langsung antara vaksinasi COVID-19 dengan kes kematian mengejut di negara ini,” menurut kenyataan kementerian pada Rabu.

Kajian yang dijalankan oleh Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR) dan Pusat Kawalan Penyakit Kebangsaan (NCDC) melibatkan kumpulan berumur antara 18 hingga 45 tahun mendapati bahawa vaksin COVID-19 yang digunakan di India adalah selamat.

“Kes kematian mengejut boleh berpunca daripada pelbagai faktor, termasuk genetik, gaya hidup, penyakit sedia ada dan komplikasi selepas dijangkiti COVID-19,” menurut kementerian.

Kementerian turut memberi amaran bahawa dakwaan bersifat spekulatif yang mengaitkan kematian mengejut dengan vaksinasi boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap keberkesanan dan keselamatan vaksin.– Bernama

Continue Reading

Previous: 222 pelajar IPT hidap HIV tahun lepas – Lukanisman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.