Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tiada Kad Warga Emas Rasmi Malaysia dikeluarkan – JKM
  • NASIONAL

Tiada Kad Warga Emas Rasmi Malaysia dikeluarkan – JKM

Utusan Sarawak 6 hours ago
Foto kredit Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

PUTRAJAYA: Tiada sebarang pengeluaran Kad Warga Emas Rasmi Malaysia dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) susulan penularan maklumat palsu di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

JKM dalam kenyataan hari ini, memaklumkan maklumat itu tidak sahih dan berpotensi mengelirukan orang ramai, khususnya dalam kalangan warga emas serta ahli keluarga mereka.

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat tepat, sahih dan terkini hanya melalui saluran rasmi JKM termasuk portal dan akaun media sosial jabatan.

“Antara saluran itu ialah portal rasmi JKM, Facebook, Instagram, TikTok dan laman X bagi memastikan maklumat diterima benar dan terkini,” menurut kenyataan itu.

JKM menghargai kerjasama orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan masyarakat terus terpelihara.

JKM memaklumkan pertanyaan atau rujukan perkhidmatan dan permohonan bantuan boleh dibuat melalui Talian Kasih 15999, WhatsApp 019-261 5999 yang beroperasi 24 jam atau menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran.

Baru-baru ini tular keratan akhbar bertajuk “Mohon Kad Warga Emas Mulai Januari”  yang didakwa perlu dimohon menerusi laman sesawang JKM bagi membolehkan warga emas menikmati pelbagai manfaat termasuk diskaun di beberapa lokasi terpilih.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Replika kotak hadiah gergasi warnai sambutan krismas di Gua Musang
Next: Komuniti present 16 ubah ruang terbiar kepada sumber rezeki, perpaduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.