Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Tiada halangan untuk Sarawak tawar pendidikan tinggi percuma – Zambry
  • PENDIDIKAN

Tiada halangan untuk Sarawak tawar pendidikan tinggi percuma – Zambry

Utusan Sarawak 3 days ago

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai sebarang halangan terhadap inisiatif kerajaan Sarawak untuk memberikan pendidikan tinggi percuma kepada rakyatnya melalui institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata keputusan itu adalah hak dan keupayaan kerajaan negeri dalam menyalurkan bantuan pendidikan kepada anak-anak Sarawak, dan tidak wajar dipertikai oleh mana-mana pihak.

“Ia merupakan inisiatif yang dibuat oleh kerajaan negeri, maka kita tidak ada halangan terhadap usaha yang dilakukan kerana Sarawak, mereka mempunyai keupayaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Karisma Pemimpin Muda MADANI 2025 di sini hari ini.

Zambry berkata Kerajaan Persekutuan juga sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana negeri dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan negara, termasuk dalam aspek pendidikan tinggi.

Mengulas lanjut mengenai kemampuan Sarawak untuk melaksanakan dasar tersebut, beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan kedudukan kewangan negeri berkenaan yang kukuh.

Beliau juga berkata tidak timbul keperluan untuk diadakan kajian lanjut terhadap dasar tersebut selagi ia tidak menyentuh isu Perlembagaan atau melanggar undang-undang.

Kabinet Sarawak pada 20 Mac lepas meluluskan kertas cadangan pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) yang terbuka untuk rakyat negeri itu bagi pendaftaran baharu dan sedia ada mulai 2026.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak cadang buka pusat Tingkatan Enam khas di Daro, matrikulasi di Sematan
Next: RM180,000 untuk gelanggang serbaguna SK Sungai Petai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.