Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tiada gangguan bekalan LNG ketika ini di kemudahan Bintulu – Petronas
  • SEMASA

Tiada gangguan bekalan LNG ketika ini di kemudahan Bintulu – Petronas

Utusan Sarawak 3 days ago

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata operasi gas asli cecair (LNG) syarikat itu tidak terjejas dan tiada gangguan bekalan di kemudahan LNG miliknya di Bintulu, Sarawak.

Dalam satu kenyataan di sini malam tadi, syarikat minyak nasional itu berkata ia mengambil maklum pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung potensi risiko keselamatan di kemudahannya di Bintulu.

“Kami memandang serius perkara sebegini dan sedang bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkuasa untuk menilai serta menangani situasi berkenaan.

“Pada masa ini, operasi kami tidak terjejas dan bekalan kami tidak mengalami sebarang gangguan. 

“Perlu diyakini bahawa keselamatan dan kesejahteraan pekerja, kontraktor dan komuniti di sekeliling kami terus menjadi keutamaan kami,” kata Petronas.

Terdahulu, MKN memaklumkan bahawa kerajaan telah mengarahkan semua kemudahan LNG di Bintulu diperketatkan kawalan keselamatan susulan ancaman keselamatan terhadap kemudahan berkenaan.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Sarawak sasar tingkat kapasiti pengeluaran hidrogen melalui teknologi Siemens Energy
Next: Lawatan pertama delegasi Sarawak ke Jabatan Pendidikan di London

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.