Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiada bahan mencurigakan ditemui dalam pesawat Air India 
  • GLOBAL

Tiada bahan mencurigakan ditemui dalam pesawat Air India 

Utusan Sarawak 7 months ago

Pesawat Air India Express. - Foto AFP

SINGAPURA: Polis Singapura memaklumkan tiada barang mencurigakan ditemukan dalam pesawat Air India Express AXB684 selepas pemeriksaaan keselamatan, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan pada Rabu.

Pesawat berkenaan menerima ancaman bom ketika penerbangan dari India ke Singapura.

Pesawat itu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi pada Selasa malam, dengan diiringi dua pesawat pejuang dan ia disahkan Menteri Pertahanan Singapura Ng Eng Hen dalam media sosialnya.

Bagaimanapun, siasatan mengenai ancaman bom yang dihantar melalui e-mel itu masih diteruskan.  

— BERNAMA-XINHUA

Continue Reading

Previous: Bebola hitam sebesar bola golf jadi misteri, ditemui berhampiran pantai Sydney
Next: Sut Prada dipakai angkasawan untuk misi ke bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.