Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tiada arahan hadkan penggunaan SUV dalam perkhidmatan E-Hailing – Loke
  • NASIONAL

Tiada arahan hadkan penggunaan SUV dalam perkhidmatan E-Hailing – Loke

Utusan Sarawak 2 days ago
FOTO fail

PUTRAJAYA: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau kenyataan yang mengehadkan penggunaan kenderaan jenis Sport Utility Vehicle (SUV)  bagi tujuan pendaftaran e-hailing

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menerusi kenyataan memaklumkan tiada sebarang perubahan dasar dibuat berkaitan kelayakan jenis kenderaan untuk digunakan dalam perkhidmatan e-hailing.

“Semua kenderaan yang memenuhi syarat teknikal serta mempunyai kapasiti tempat duduk antara empat hingga 11 orang adalah layak untuk dipertimbangkan bagi pelesenan e-hailing (EHO),” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjelaskan laporan media yang menimbulkan kekeliruan mengenai status penggunaan kenderaan jenis SUV untuk tujuan pendaftaran e-hailing.

Loke berkata pihaknya memahami kebimbangan dalam kalangan pemandu e-hailing serta syarikat pengendali, dan memberi jaminan bahawa urusan pendaftaran kenderaan akan diteruskan seperti biasa mengikut peraturan dan garis panduan sedia ada.

Sebelum ini terdapat laporan menyebut bahawa kenderaan jenis SUV tidak lagi dibenarkan mendaftar untuk e-hailing.- Bernama

Continue Reading

Previous: PM beri amaran keras kepada Tiong dan MOTAC berhubung isu arak
Next: Kerajaan luaskan manfaat BUDI95 kepada 31,000 penerima baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.