
KUALA LUMPUR: Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan gempa bumi kuat yang melanda Laut Banda, Indonesia, awal pagi tadi.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan hari ini berkata gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 itu berlaku pada 2.38 pagi.
Beliau berkata pusat gempa bumi berkenaan terletak pada koordinat 7.9 darjah selatan dan 127.8 darjah timur dengan kedalaman 173 kilometer (km).
“Kawasan itu berada 467 km dari Ambon, Indonesia,” katanya. – Bernama