Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiada aduan pemindahan mangsa banjir di Sarawak, JPBNS perkasa operasi menyeluruh
  • TEMPATAN

Tiada aduan pemindahan mangsa banjir di Sarawak, JPBNS perkasa operasi menyeluruh

Utusan Sarawak 19 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa melawat Pusat Operasi JPBNS di Kuching, hari ini. Foto Pejabat Timbalan Premier

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan setakat ini tiada sebarang aduan diterima daripada orang ramai berhubung pemindahan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Beliau berkata, kerjasama baik ditunjukkan penduduk terjejas yang bersedia dipindahkan demi keselamatan diri dan keluarga, sekali gus melancarkan operasi pengurusan bencana di kawasan terlibat.

Uggah berkata demikian selepas melawat Pusat Operasi JPBNS di sini hari ini bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi banjir yang melanda beberapa kawasan di Sarawak sejak awal pagi tadi termasuk Bau, Samarahan dan Siburan.

Menurut beliau, setakat pagi ini sembilan PPS telah dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas, antaranya Dewan Serbaguna Kampung Bijuray Mongag di Krokong.

Katanya, jentera JPBNS di peringkat bahagian telah digerakkan sepenuhnya dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Terima kasih kepada mangsa yang bersedia untuk dipindahkan. Setakat ini, tiada aduan diterima daripada orang ramai,” katanya.

Uggah turut memaklumkan beliau telah mengarahkan PDRM supaya memantau kawasan penempatan yang ditinggalkan mangsa bagi menjamin keselamatan rumah serta harta benda sepanjang tempoh pemindahan.

Beliau menegaskan kebajikan mangsa di PPS akan terus diberi perhatian dan segala keperluan asas akan disediakan bagi memastikan keselesaan mereka sepanjang berada di PPS.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kawasan rendah Jalan Dijih dipantau APM Selangau
Next: Pemantauan udara dron APM Sarawak perkukuh kesiapsiagaan hadapi MTL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.