Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ti Lian Ker, Azam Baki angkat sumpah jawatan
  • NASIONAL

Ti Lian Ker, Azam Baki angkat sumpah jawatan

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 5 Mei -- Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riyatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA Senator Datuk Seri Ti Lian Ker semalam mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini. 

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir menyaksikan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia yang berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, pada jam 11 pagi. 

Turut mengangkat sumpah pada istiadat itu ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki. 

Kedua-dua mereka melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara  Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara  Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Turut hadir pada istiadat itu ialah Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan.

Ti, 58, lulusan undang-undang Universiti Malaya, dilantik sebagai senator pada 2018 dan penggalnya dijangka tamat tahun depan.

Beliau sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  selama tiga penggal iaitu ADUN Teruntum (2004 hingga 2008) dan Adun Indera Mahkota pada 1999 hingga 2004  dan 1995 hingga 1999. 

Azam, 57, pula dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac lepas bagi menggantikan Latheefa Beebi Koya, dan mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah selaras dengan subseksyen 5(1) Akta 694.

Sebelum itu beliau menjawat jawatan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi)  selama empat tahun bermula 2016, selain pernah menyandang jawatan Pengarah Perisikan (2013) dan Pengarah Siasatan (2015). – BERNAMA
 

Continue Reading

Previous: Rakyat mampu buat kawalan kendiri semasa PKPB
Next: NAM digesa bantu negara kecil perangi Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.