Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Thristellatea redah banjir demi sesi pendaftaran
  • Tengah
  • WILAYAH

Thristellatea redah banjir demi sesi pendaftaran

Utusan Sarawak 4 hours ago
THRISTELLATEA Samban Jeffery tiba di Politeknik Mukah Sarawak (PMU) selepas menempuh laluan yang ditenggelami banjir dari Lubok Bemban, 11 Januari 2026. Foto PMU

MUKAH: Seorang pelajar Politeknik Mukah Sarawak (PMU), Thristellatea Samban Jeffery dari Lubok Bemban, berjaya tiba di kampus bagi sesi pendaftaran walaupun berdepan dugaan banjir yang melanda kawasan kediamannya serta laluan utama dari Lubok Bemban ke Mukah.

Banjir tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan keluarga Thristellatea kerana pergerakan harian mereka terjejas apabila akses laluan utama ke Mukah terhalang dan jalan darat tidak dapat dilalui oleh kenderaan biasa.

THRISTELLATEA Samban Jeffery.

Walau bagaimanapun, hasil daripada inisiatif yang digerakkan oleh penduduk setempat dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Telian, Royston Valentine, Thristellatea berjaya mendapat bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bertindak pantas membantu mengharungi kawasan banjir.

“Bantuan daripada APM amat membantu saya dan memastikan perjalanan ke Politeknik Mukah selamat walaupun melalui kawasan yang ditenggelami air,” katanya melalui sebuah kenyataan setelah tiba dengan selamat di kampus pada 11 Januari lalu. 

Thristellatea dan ahli keluarganya melahirkan rasa syukur serta berterima kasih kepada pihak APM atas keprihatinan dan bantuan yang diberikan.

Mereka menyifatkan bantuan itu sebagai amat bermakna dan tidak akan dilupakan.

BERSEDIA untuk memulakan perjalanan.

Dalam pada itu, pihak APM turut menitipkan pesanan kepada Thristellatea agar sentiasa tabah menghadapi cabaran, menjaga disiplin diri serta menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran demi masa depan yang lebih cerah.

Kisah ini membuktikan bahawa semangat kerjasama dan keprihatinan antara agensi keselamatan bersama masyarakat setempat mampu membantu pelajar meneruskan perjuangan menimba ilmu walaupun diuji dengan musibah alam.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pertandingan nyanyian Mandarin perkasa bakat seni kanak-kanak di Sarikei
Next: Bomba hantar 56 pek bantuan makanan kepada mangsa banjir di Nanga Buan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.