Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Thread Of Borneo 2025 tampilkan perpaduan warisan dalam fesyen, kesenian Sarawak
  • TEMPATAN

Thread Of Borneo 2025 tampilkan perpaduan warisan dalam fesyen, kesenian Sarawak

Utusan Sarawak 22 hours ago
RAKAM KENANGAN… Syahlan Jasni bergambar kenangan bersama peserta, pereka dan yang lain pada Thread Of Borneo.

KUCHING: Gabungan unsur warisan dan moden sebagai platform utama bagi memartabatkan keunikan kebudayaan Sarawak melalui fesyen dan kesenian seperti yang ditonjolkan pada majlis Thread Of Borneo 2025.

Dengan tema yang menyatukan identiti tradisi Borneo bersama elemen kontemporari, acara ini mempamerkan inovasi fesyen dan seni yang menggamit perhatian pengunjung.

PELANCARAN… Dr. Anna Sue melakukan gimik pelancaran dengan membuka sehelai selendang keringkam dihasilkan oleh peka Bunga Keringkam.

Menurut Pengasas SJ Management, Syahlan Jasni, acara ini bukan sahaja meraikan kekayaan warisan tempatan, tetapi juga membuka ruang kepada penggiat fesyen dan seni untuk meneroka idea baharu yang lebih segar dan relevan dengan peredaran zaman.

“Pihak SJ Management dengan penuh rasa syukur dan bangga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan sokongan dalam menjayakan acara Thread of Borneo 2025,” katanya pada majlis Thread Of Borneo 2025 di pusat beli-belah baru-baru ini.

PENYAMPAIAN sijil dan cenderamata kepada pereka dari Diffison Tanjan Atelier.

Tambahnya, Thread Of Borneo 2025 bukan sekadar sebuah pertunjukan fesyen, tetapi merupakan titik permulaan untuk memperkasakan warisan, kreativiti dan keunikan budaya Borneo ke persada yang lebih tinggi.

“Kejayaan Thread Of Borneo 2025 disumbangkan oleh sokongan pelbagai pihak termasuk Bunga Keringkam, Zeed Zeeda Management, ASFM Sewtech Academy, Diffison Tanjan Atelier, Sri Kencana Tari, Cassandra Photographer, KT Dessert dan Huwayi Photographer Group. Terima kasih atas komitmen dan sumbangan yang menjadi nadi utama kejayaan acara ini,” jelasnya.

AKSI model memperagakan rekaan terkini di pentas.

Acara tersebut disempurnakan oleh Dr. Anna Sue sekali gus menunjukkan sokongan terhadap pembangunan industri kreatif berteraskan warisan di negeri ini.

Selain pertunjukan fesyen, turut dipersembahkan karya seni visual dan persembahan kebudayaan yang mencerminkan kekayaan identiti Sarawak.

Menurut Syahlan, Thread of Borneo 2025 bukan sekadar pertunjukan fesyen, tetapi juga satu platform pendidikan budaya yang memberi ruang kepada bakat tempatan untuk bersinar.

“Kami percaya bahawa budaya kita boleh terus relevan dan dibanggakan, jika diberi ruang untuk berkembang dalam konteks moden,” jelasnya.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jumaat, 27 Jun 2025, SEB Notis Gangguan Bekalan Elektrik Sarikei – Selalang)
Next: Program Terokai Pelancongan Lestari 2025, perkukuh aspirasi Sarawak capai lima juta pelancong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.