Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Thomas Geoffrey Kendawang dilantik sebagai pengerusi baharu MDMJ
  • WILAYAH

Thomas Geoffrey Kendawang dilantik sebagai pengerusi baharu MDMJ

Utusan Sarawak 2 years ago

IKRAR BEBAS RASUAH… Pengerusi baharu MDMJ, Thomas Geoffrey Kendawang mengetuai ahli-ahli majlis melafaz ikrar bebas rasuah di Dewan Persidangan MDMJ, hari ini.

BINTANGOR: Pemangku Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang dilantik sebagai pengerusi baharu Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) bagi penggal 2023-2025.

Menurut Thomas, bagi penggal 2023-2025, seramai 32 ahli majlis MDMJ telah dilantik Kerajaan Sarawak. 

“Daripada jumlah tersebut, 17 ahli majlis merupakan lantikan semula dan 14 muka baharu. 

“MDMJ memandang berat mengenai akauntabiliti dan integriti serta memandang serius terhadap ketidakpatuhan disiplin dikalangan warga kerjanya. 

“Oleh itu, amatlah saya berharap ahli majlis dapat menjalankan tugas dengan amanah dan berintegriti serta tidak membuka sebarang ruang dan peluang bagi kegiatan salah guna kuasa dan rasuah,” katanya pada Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis, MDMJ bertempat di Dewan Persidangan MDMJ, hari ini. 

Tambahnya, peningkatan jumlah penduduk di Meradong, Julau dan Pakan menjadi cabaran pihak MDMJ untuk memastikan perkhidmatan yang cemerlang. 

“Oleh sedemikian, adalah menjadi satu cabaran kepada ahli majlis dan MDMJ untuk memastikan pentadbiran MDMJ sentiasa cekap dan memenuhi kehendak masyarakat. 

“Semua ahli majlis perlu memainkan peranan yang lebih aktif untuk menggerakkan zon masing-masing menerusi program dan aktiviti yang memberikan manfaat kepada penduduk setempat,” ujarnya. 

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: 7 masjid, 14 surau dapat geran peruntukan khas RM42,000
Next: Angkat sumpah ahli MDLBS tampil 12 muka baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.