Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • “This Is UNIC: Live In Concert”  di Idea Live Arena, Disember ini
  • HIBURAN

“This Is UNIC: Live In Concert”  di Idea Live Arena, Disember ini

Utusan Sarawak 17 hours ago
UNIC dalam satu kenyataan berkata konsert itu merupakan penghargaan buat peminat yang sentiasa menyokong perjuangan mereka sejak awal penubuhan kumpulan.


KUALA LUMPUR: Kumpulan nasyid tersohor tanah air UNIC bakal meraikan lebih dua dekad perjalanan seni mereka menerusi konsert khas “This Is UNIC: Live In Concert” yang dijadualkan pada 20 Disember depan di Idea Live Arena di sini.

Konsert itu dianjurkan oleh Triple Am Global dan merupakan konsert solo penuh pertama kumpulan berkenaan selepas kembali bersatu dengan barisan terkini terdiri daripada Bazli Hazwan, Dr Fitri Haris dan Fakhrul Radhi.

UNIC dalam satu kenyataan berkata konsert itu merupakan penghargaan buat peminat yang sentiasa menyokong perjuangan mereka sejak awal penubuhan kumpulan.

“Selepas lebih dua dekad bersama-sama peminat, inilah masanya untuk meraikan perjalanan panjang UNIC dengan mereka yang setia sejak awal. Kami mahu mengembalikan semangat nasyid ke pentas besar dan membuktikan muzik dakwah masih relevan.

“Konsert itu turut digarap sebagai sebuah pengembaraan muzik dan jiwa yang membawa penonton menyusuri perjalanan UNIC dari awal kemunculan mereka hingga kini,” kata mereka.

Menurut kenyataan itu juga, setiap segmen persembahan akan menonjolkan fasa perkembangan muzik UNIC, daripada melodi klasik yang membentuk identiti kumpulan tersebut kepada susunan moden yang lebih segar dan dinamik.

Pada konsert tersebut, kumpulan berkenaan akan menyampaikan lagu-lagu popular mereka antaranya Demi Cinta Suci, Hanya Tuhan Yang Tahu dan Ainul Mardhiah dengan susunan muzik baharu yang lebih segar, serta, penampilan khas beberapa artis jemputan yang pernah mempunyai kenangan bersama-sama dengan kumpulan itu.

Tiket konsert kini boleh didapati di www.ticket2u.com.my/ThisIsUNIC.- Bernama

Continue Reading

Previous: Mencecah usia 79 tahun Ruminah Sidek masih aktif berlakon
Next: Rayuan ditolak, bekas ahli NCT Taeil dipenjara tiga tahun enam bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.