Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Thierry Henry penerima Anugerah Personaliti Sukan Terbaik  tahun ini
  • SUKAN

Thierry Henry penerima Anugerah Personaliti Sukan Terbaik  tahun ini

Utusan Sarawak 11 hours ago
LEGENDA bola sepak dunia, Thierry Henry, menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2025 di acara Personaliti Sukan Terbaik BBC.

LONDON: Bekas penyerang Perancis dan Arsenal Thierry Henry, diumumkan sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2025 pada acara Personaliti Sukan Terbaik BBC Tahun Ini, lapor PA Media/dpa.

Henry, 48, dianggap sebagai antara pemain terhebat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris hasil pencapaiannya sepanjang lapan musim bersama Arsenal. Beliau juga pernah beraksi bersama Monaco dan Barcelona.

Beliau merupakan tonggak utama pasukan Arsenal yang dikenali sebagai “Invincibles” yang mencatat rekod tanpa kalah dalam musim 2003 – 2004. Bersama Perancis, kejayaannya termasuk memenangi Piala Dunia 1998 dan Kejohanan Eropah 2000.

Dalam satu kenyataan, BBC berkata Henry diberikan anugerah itu “sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan luar biasanya kepada dunia sukan serta impaknya sama ada di dalam atau di luar padang bola sepak,” dengan piala berkenaan akan disampaikan pada siaran langsung acara itu pada Khamis.

Henry berkata: “Bola sepak memberikan saya segalanya dan saya memberikan yang terbaik. Untuk diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarahnya menerusi anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ini, serta meninggalkan kesan kepada peminat dan rakan sepasukan, adalah sesuatu yang tidak akan saya ambil mudah.”- Bernama-PA Media/dpa

Continue Reading

Previous: FIFA sahkan hadiah AS$50 juta untuk juara Piala Dunia
Next: Sukan Sea: Malaysia hanya perlu lapan pingat lagi untuk capai sasaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.