Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • ‘The Pocket Rocketman’ rangkul emas keirin pada Piala Dunia di Australia
  • SUKAN

‘The Pocket Rocketman’ rangkul emas keirin pada Piala Dunia di Australia

Utusan Sarawak 15 hours ago
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang membuktikan dirinya masih ‘berbisa’ apabila berjaya merangkul pingat emas acara keirin pada Siri Piala Dunia Berbasikal Trek di Perth, Australia, hari ini. 

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang membuktikan dirinya masih ‘berbisa’ apabila berjaya merangkul pingat emas acara keirin pada Siri Piala Dunia Berbasikal Trek di Perth, Australia, hari ini. 

Pelumba yang diberi julukan ‘The Pocket Rocketman’ itu menampilkan kayuhan bertenaga untuk mengetepikan pelumba Britain, Matthew Richardson di garisan penamat dengan catatan masa 9.862 saat (s), manakala manakala pingat gangsa menjadi milik pelumba tuan rumah Leigh Hoffman. 

Dalam pada itu, nasib berbeza menimpa pelumba muda wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri apabila terkandas di pusingan kedua dalam acara pecut individu.

Nurul Izzah ditewaskan juara Olimpik dari New Zealand Ellesse Andrews. 

Seorang lagi pelumba wanita negara Nur Alyssa Mohd. Farid pula dikecewakan pelumba China, Yuan Liying dalam acara sama di pusingan kedua. 

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Arsenal hampir dikejutkan Mansfield, hidupkan impian buru 4 trofi
Next: Kuching City FC benam Sabah FC 2-0

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.