Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • The Gala M.O Sarawak 2025: Acara berprestij kembali ke Miri September ini
  • Tengah
  • WILAYAH

The Gala M.O Sarawak 2025: Acara berprestij kembali ke Miri September ini

Utusan Sarawak 17 hours ago

FINALIS TERBAIK… Seramai 10 finalis terbaik bakal bersaing merebut gelaran juara dalam pusingan akhir The Face M.O Sarawak – Cycle 9.

SIBU: Acara berprestij The Gala M.O Sarawak bakal kembali dengan penuh gemilang menerusi edisi ke-15 Grand Ballroom, Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri pada 13 September, depan.

Bertemakan ‘Elegant and Prestigious’, penganjuran kali ini amat istimewa kerana diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-20 Miri sebagai bandar raya. 

Sejak diperkenalkan pada 2010, The Gala M.O Sarawak telah menjadi acara ikonik yang meraikan seni, budaya, fesyen dan kecantikan, sekali gus menjadi kemuncak tahunan yang dinantikan penggiat industri kreatif di Bumi Kenyalang.

Sebagai platform yang mengangkat warisan dan identiti tempatan, acara kali ini akan menampilkan segmen fesyen eksklusif dengan koleksi rekaan diinspirasikan daripada budaya Sarawak hasil sentuhan pereka fesyen tempatan. 

Antara kemuncak yang dinanti-nantikan ialah pusingan akhir ‘The Face M.O Sarawak – Cycle 9’, yang mana 10 finalis terbaik bakal bersaing merebut gelaran juara.

Menurut pihak penganjur, objektif utama penganjuran adalah untuk mengiktiraf bakat dan kreativiti tempatan dalam bidang fesyen, peragaan serta seni persembahan. 

Selain itu, ia bertujuan meningkatkan martabat industri fesyen Sarawak di peringkat nasional dan antarabangsa, di samping memberi pendedahan kepada golongan belia serta wanita melalui platform The Face M.O Sarawak.

Pengerusi Persatuan Bakat Dayak Sarikei yang juga Pengasas The Gala M.O Sarawak, Asat Nawin @ Mizta berkata, acara ini bukan sahaja menjadi landasan untuk mengetengahkan bakat baharu, malah berperanan sebagai jambatan menghubungkan Sarawak dengan dunia fesyen di peringkat antarabangsa.

“Sejak 15 tahun lalu, visi kami adalah jelas iaitu mahu melihat bakat tempatan diberi ruang dan pengiktirafan sewajarnya. 

“The Gala M.O Sarawak bukan sekadar acara fesyen, tetapi sebuah platform pembangunan industri kreatif yang mampu melonjakkan nama Sarawak ke mata dunia,” katanya.

Penganjuran ini juga dilihat sebagai salah satu usaha menyumbang kepada pembangunan pelancongan kreatif dan acara berimpak tinggi di Sarawak. 

Pada masa yang sama, ia diraikan sebagai simbol penghargaan sempena ulang tahun ke-20 Bandaraya Miri. 

Acara ini dianjurkan oleh Persatuan Bakat Dayak Sarikei dengan kerjasama M.O Event Management dan dijadualkan berlangsung dari 6.30 petang hingga 11.30 malam, dengan kod pakaian rasmi ‘Glamorous Red Carpet – Black and Pink’.

Gala tahun ini akan lebih bermakna dengan kehadiran ikon kecantikan antarabangsa termasuk Sandra Lim (Miss Universe Malaysia 2024 & Top 30 Miss Universe 2024), Melisha Lin (Miss Grand Malaysia 2024 & Top 5 Miss International 2024), Taanusiya Chetty (Miss World Malaysia 2024/2025), Joshua Lennet (Mister Tourism World 2017) dan Viviana Lin Winston (Miss Grand Malaysia 2025).

Selain itu, pentas acara turut akan dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal tanah air iaitu Atilia Haron dan Mimi Fly, manakala bakat tempatan Sarawak pula diwakili oleh Rickie Andrewson dan Phoebe Chole.

Dengan gabungan elemen seni, budaya, fesyen dan hiburan, The Gala M.O Sarawak 2025 diyakini akan menjadi sebuah acara berimpak tinggi yang mengangkat martabat industri fesyen tempatan, di samping memperkukuhkan kedudukan Sarawak sebagai destinasi pelancongan kreatif bertaraf antarabangsa.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PIBG SMK Merbau pasang CCTV demi keselamatan pelajar
Next: Program Pelancongan Kolej Komuniti Sarikei tampilkan pemandu berlesen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.