Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • The Big Deal Expo 2026 pacu momentum baharu ekonomi Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

The Big Deal Expo 2026 pacu momentum baharu ekonomi Sibu

Utusan Sarawak 3 hours ago
TIANG (tiga kanan), (dari kiri) Ting, Lau, Soon, (dari kanan) Haider dan Zainap merakam kenangan bersama tulisan kaligrafi sebagai simbolik perasmian The Big DEAL Expo 2026.

SIBU: Penganjuran The Big Deal Expo Sibu 2026 menjadi bukti jelas bahawa Sibu terus bergerak ke hadapan sebagai sebuah bandar yang dinamik, progresif dan bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan landskap perniagaan semasa.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, penganjuran ekspo berkenaan mencerminkan keyakinan, kreativiti serta momentum baharu komuniti perniagaan tempatan dalam memacu pertumbuhan ekonomi bandar itu.

Beliau berkata, ekspo tersebut bukan sekadar sebuah platform jual beli, sebaliknya berperanan sebagai medan pertemuan idea, kerjasama dan inovasi yang memperlihatkan kesediaan Sibu menerima pendekatan baharu dalam dunia perniagaan.

“Ini adalah satu isyarat jelas bahawa Sibu tidak statik. Kita tidak berdiam diri, sebaliknya terus menyesuaikan diri, berkembang dan menerima pendekatan baharu dalam dunia perniagaan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian The Big Deal Expo 2026 di Stadium Tertutup Sibu, malam tadi.

Menurut Tiang, beliau amat kagum dengan persiapan serta susun atur ekspo yang mencerminkan kreativiti, tenaga dan semangat warga Sibu dalam usaha mencapai kecemerlangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu berkata, penyertaan lebih 60 perniagaan dalam ekspo berkenaan membuktikan penglibatan aktif komuniti perniagaan tempatan dalam merancakkan pembangunan ekonomi bandar tersebut.

Beliau berkata, meskipun Sibu terkenal dengan warisan dan legasi industri kayu serta laluan perdagangan yang kukuh, bandar itu kini menyaksikan pertumbuhan memberangsangkan dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Kita melihat kemunculan perdagangan baharu, perniagaan baharu, industri kreatif, perdagangan digital, keusahawanan belia serta perdagangan rentas sempadan, semuanya dihimpunkan di bawah satu bumbung menerusi The Big Deal Expo ini,” katanya.

Tiang berkata, kekuatan sebenar Sibu terletak pada rakyatnya yang rajin bekerja, kreatif, berdaya tahan dan semakin berani mencabar batas kemampuan diri, termasuk dalam menguasai teknologi serta meneroka kaedah perniagaan baharu.

Beliau berkata, ekspo berkenaan turut menyediakan platform kepada jenama dan perniagaan tempatan untuk menguji idea, meneroka pasaran serta memperkenalkan inovasi baharu kepada komuniti setempat bagi memastikan pertumbuhan yang berterusan.

TING (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tiang sambil disaksikan oleh yang lain.

Dalam pada itu, Tiang berkata, Sibu kini bergerak maju dengan pelbagai perancangan pembangunan berskala besar, termasuk pembangunan semula Bukit Assek yang memerlukan perancangan rapi, visi jangka panjang serta penglibatan pelbagai pihak berkepentingan.

“Seperti mana jenama dan perniagaan tempatan yang berhimpun di satu platform hari ini, mereka bukan sahaja bersaing, malah saling bertukar idea, sekali gus menjadikan ekspo ini lebih menarik dan berimpak,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa masa depan yang cerah tidak dapat dibina dalam sekelip mata, namun mampu direalisasikan lebih awal sekiranya semua pihak bersatu dengan matlamat yang sama.

Katanya, Sibu diyakini berpotensi muncul sebagai sebuah bandar berpandangan jauh dan mampu membina masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang.

Sementara itu, The Big Deal Expo 2026 anjuran Borneo Plux yang berlangsung selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Februari mempamerkan pelbagai produk termasuk makanan dan minuman, perabot, barangan elektrik serta produk tempatan lain.

Hadir sama Pegawai Tadbir Pejabat Residen Sibu Haider Kowel Bete yang mewakili Residen Bahagian Sibu, Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pembangunan Keusahawanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Zainap Halip, Pengurus Besar Kapasiti dan Pendigitalan Business Events Sarawak (BESarawak) Joachim Soon Ghim Seng, Yang Dipertua Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Wilayah Sarawak Lucas Lau serta Pengerusi Penganjur Program The Big Deal Expo 2026, Zoey Ting.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Pembinaan rumah panjang baharu di Nanga Mejong tingkatkan kualiti hidup komuniti pedalaman
Next: Perhiasan perayaan lambang perpaduan masyarakat berbilang kaum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.