Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Thailand perketat penguatkuasaan di wilayah Narathiwat
  • NASIONAL

Thailand perketat penguatkuasaan di wilayah Narathiwat

Utusan Sarawak 3 years ago

Timbalan Gabenor Wilayah Narathiwat Fatimah Sabeeyamu (kiri) menyuapkan pulut kuning kepada kanak-kanak yang menyertai Program Berkhatan Muhibah Bilateral Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan, Bukit Bunga, hari ini. FotoBERNAMA

TANAH MERAH: Penguatkuasaan di lorong-lorong tikus di wilayah Narathiwat diperketatkan bagi membendung kegiatan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan antara Thailand dan Malaysia.

Timbalan Gabenor Wilayah Narathiwat, Fatimah Sabeeyamu berkata, ia susulan Daerah Waeng dan Sungai Golok dikenal pasti sebagai laluan utama aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

“Mereka (penyeludup) menggunakan lorong-lorong tikus bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu oleh pihak berkuasa, oleh itu penguatkuasaan diperketatkan lagi di lorong-lorong tikus,” katanya pada sidang media selepas Program Berkhatan Muhibah Bilateral Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga di sini, hari ini.

Seramai 57 kanak-kanak termasuk 26 dari Thailand menyertai program berkhatan itu.

Dalam perkembangan lain, Fatimah memuji usaha kerajaan Malaysia menambah baik kemudahan dan pembangunan di sempadan bagi merancakkan aktiviti perniagaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: PRU-15: Calon BN perlu jalani tapisan termasuk dengan jabatan agama
Next: 5 penumpang, 1 juruterbang disahkan selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.