Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Thailand: Parti Bhumjaithai tarik diri daripada kerajaan campuran, kecam tindakan Paetongtarn
  • GLOBAL

Thailand: Parti Bhumjaithai tarik diri daripada kerajaan campuran, kecam tindakan Paetongtarn

Utusan Sarawak 1 day ago

BANGKOK: Parti Bhumjaithai Thailand mengumumkan bahawa parti itu menarik diri daripada kerajaan campuran malam tadi susulan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan yang didakwa menjejaskan kedaulatan negara itu.

Bhumjaithai, parti kedua terbesar dalam gabungan pemerintah, menyatakan bahawa kesemua lapan menteri daripada parti itu telah mengemukakan surat peletakan jawatan mereka, berkuat kuasa hari ini.

Parti itu menuduh Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra melakukan “tindakan yang merosakkan” susulan rakaman perbualan telefon yang bocor pada 15 Jun antara beliau dengan Presiden Senat Kemboja, Hun Sen.

Menurut parti itu, panggilan yang dilaporkan membincangkan pertikaian sempadan yang berterusan, termasuk kenyataan di mana Perdana Menteri didakwa menyalahkan angkatan tenteranya sendiri atas “kesilapan komunikasi”.

Bhumjaithai menyifatkan perkara itu sebagai satu penghinaan terhadap maruah Thailand, kebanggaan negara, rakyat serta angkatan tenteranya.

“Parti Bhumjaithai ingin memaklumkan bahawa Jawatankuasa Eksekutif Parti telah bermesyuarat untuk meneliti perkara ini dan memutuskan untuk Parti Bhumjaithai menarik diri daripada kerajaan campuran.

“Sehubungan itu, semua menteri daripada Parti Bhumjaithai telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa mulai hari ini (19 Jun),” menurut parti itu dalam satu kenyataan rasmi, malam tadi.

Parti itu turut menyeru Perdana Menteri Paetongtarn agar bertanggungjawab atas tindakan yang didakwa menjejaskan kepentingan negara Thailand.

“Parti Bhumjaithai sedia bekerjasama dengan rakyat Thailand, menyokong angkatan tentera, dan membantu semua petugas barisan hadapan dalam mempertahankan kedaulatan, integriti wilayah dan kepentingan negara Thailand dengan segala cara yang mungkin,” katanya.

Parti Bhumjaithai memegang 69 kerusi Parlimen dan mengetuai empat portfolio kementerian — Menteri Dalam Negeri, Menteri Buruh, Menteri Pendidikan serta Menteri Pendidikan Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi.

Parti itu juga mengisi empat jawatan timbalan menteri, merangkumi Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri (dua jawatan) dan Kementerian Perdagangan.

Berikutan penarikan diri Bhumjaithai, gabungan 13 parti pimpinan Pheu Thai kini mengekalkan 292 kerusi di Parlimen manakala blok pembangkang yang diketuai Parti Rakyat kini memegang 208 kerusi, termasuk ahli parlimen Bhumjaithai.

Walaupun Bhumjaithai menarik diri, kerajaan campuran masih menguasai majoriti dalam Dewan Perwakilan yang mempunyai 500 kerusi. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 202 mangsa nahas pesawat Air India berjaya dikenal pasti
Next: Gempa bumi 6.1 skala Richter landa perairan Hokkaido, Jepun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.