Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Thailand lupuskan 25.3 tan dadah
  • GLOBAL

Thailand lupuskan 25.3 tan dadah

Utusan Sarawak 5 years ago

A Thai policeman from the Narcotics Suppression Bureau guards some of the 25 tons of narcotics confiscated from court cases to be incinerated to mark the United Nations' "International Day against Drug Abuse and Illicit Trafficking" at the Bang Pa-In industrial estate in Ayutthaya on June 26, 2020. (Photo by Lillian SUWANRUMPHA / AFP)

KAWALAN KETATA… Seorang anggota polis Thailand dari Biro Penindasan Narkotik mengawal 25 tan dadah yang dirampas dari kes mahkamah untuk dilupuskan. • Foto AFP

BANGKOK: Thailand semalam melupuskan 25.3 tan pelbagai jenis dadah bernilai 55,94 bilion baht (RM7.76 bilion).

Ketua Setiausaha Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA), Dr. Paissarn Dunkoom berkata, dadah tersebut merangkumi 18.3 tan metamfetamin bernilai 40.67 bilion baht (RM5.64 bilion), metamfetamin kristal (5.88 tan) bernilai 12.93 bilion baht (RM1.79 bilion), dan heroin (541 kilogram) bernilai 2.3 bilion baht (RM310 juta).

Katanya, dadah tersebut dirampas daripada 2,751 kes tahun ini.

“Ini adalah pelupusan ubat terbesar setakat ini.

“Semua kes pengadilan yang melibatkan dadah tersebut telah selesai dan dadah tersebut diperintahkan untuk dilupuskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bahagian Kawalan Narkotik Pentadbiran Makanan dan Dadah juga melupuskan bahan psikotropik seberat 1.18 tan daripada 724 kes.

Semua dadah akan dilupuskan melalui kaedah pembakaran pyrolytic selama tiga hari iaitu semalam, 13 dan 14 Julai.

Bersempena dengan Pemusnahan Narkotik Dirampas ke-50 pada Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Pemerdagangan Haram semalam, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul menyaksikan pelupusan pelbagai ubat di Pusat Pengurusan Utiliti dan Alam Sekitar di Kawasan Perindustrian Bang Pra-in di Provinsi Ayutthaya.

Anutin mengatakan bahawa pelupusan dadah yang dirampas menunjukkan komitmen Thailand untuk memerangi penyalahgunaan dadah.

“Pelupusan dadah ini menunjukkan Thailand tidak akan membiarkan dadah yang dirampas kembali ke pasar dan membahayakan orang,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Suspek ditembak mati
Next: Kes positif di Indonesia 51,427, kematian 2,683

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.