
A staff member checks the temperature of a student on the first day of the reopening of the International Pioneers School in Bangkok on June 16, 2020, following its temporary closure due to the COVID-19 coronavirus epidemic. - Some schools in Thailand have reopened as they adopted preventive measures such as social distancing and regular disinfection to halt the spread of the virus. (Photo by Romeo GACAD / AFP)

BANGKOK: Thailand melaporkan enam lagi kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 3,141, lapor agensi berita Thailand (TNA).
Jumlah pesakit sembuh pula seramai 2,997 dan 86 lagi masih dirawat di hospital manakala angka korban kekal 58 orang.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Panprapa Yongtrakul berkata semua kes baharu itu membabitkan warga Thailand yang balik dari luar negara dan sedang dikuarantin.
Lima kes terdiri pelajar berusia antara 23 hingga 26 tahun. Mereka tiba dari Arab Saudi pada 12 Jun dan semuanya tanpa gejala.
Satu lagi kes melibatkan wanita berusia 26 tahun, pulang dari India pada Jun dan mengalami demam pada hari berikutnya, kini dirawat di hospital di Chon Buri. – Bernama