Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Thailand, Kemboja setuju henti pertempuran sempadan – Trump
  • GLOBAL

Thailand, Kemboja setuju henti pertempuran sempadan – Trump

Utusan Sarawak 11 hours ago

Penduduk yang dipindahkan berlindung di pekan wilayah Banteay Meanchey, Kemboja pada 12 Disember 2025 selepas melarikan diri akibat pertempuran antara Thailand dan Kemboja berhubung tuntutan wilayah. Foto AFP

WASHINGTON: Thailand dan Kemboja bersetuju untuk menghentikan pertempuran di sepanjang sempadan yang dipertikaikan, menurut Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, susulan perbualannya dengan pemimpin kedua-dua negara.

Trump berkata gencatan senjata akan berkuat kuasa serta-merta dan kedua-dua negara bersetuju kembali kepada perjanjian damai yang dicapai pada Julai lalu dengan penglibatan Amerika Syarikat, China dan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN.

Konflik terbaharu itu, berpunca daripada pertikaian sempadan era penjajahan sepanjang kira-kira 800 kilometer, dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya 20 nyawa minggu ini serta menyebabkan hampir setengah juta penduduk dipindahkan di kedua-dua pihak.

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, sebelum ini menyalahkan Kemboja kerana mencetuskan semula konflik tersebut. Foto AFP

Thailand sebelum ini menggantung perjanjian gencatan senjata selepas beberapa anggotanya cedera akibat letupan periuk api, manakala kedua-dua negara saling menyalahkan antara satu sama lain kerana mencetuskan semula konflik.

Trump turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas peranannya dalam membantu usaha damai tersebut. – AFP

Continue Reading

Previous: Pihak berkuasa Arab Saudi ketengah sistem perkhidmatan bersepadu untuk kemudahan umrah
Next: Gempa bumi di Jepun serlah keperluan salur maklumat kepada warga asing dengan lebih berkesan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.