Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Thailand dan Mongolia kuasai podium Kejohanan Bola Tampar Antarabangsa di Sibu
  • SUKAN

Thailand dan Mongolia kuasai podium Kejohanan Bola Tampar Antarabangsa di Sibu

Utusan Sarawak 9 hours ago
PASUKAN Diamond Food VC dari Thailand menjuarai kategori lelaki Kejohanan Jemputan Bola Tampar Antarabangsa Sarawak 2025. Foto: Tarani Lanting

SIBU: Pasukan Diamond Food VC dari Thailand menjuarai kategori lelaki Kejohanan Jemputan Bola Tampar Antarabangsa Sarawak 2025 yang melabuhkan tirainya di Stadium Tertutup Bola Tampar Sibu semalam.

Kemenangan itu membolehkan pasukan berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$2,000.

Tempat kedua disandang oleh pasukan Sarawak Senior yang menerima hadiah AS$1,000, manakala tempat ketiga dimenangi Green Dragon dari Hong Kong dengan ganjaran AS$500.

Pasukan Sarawak Junior pula menamatkan saingan di tempat keempat.

Bagi kategori wanita, kejuaraan menjadi milik pasukan Hobby Ace VC dari Mongolia yang turut meraih hadiah wang tunai AS$2,000.

Pasukan Thanyaburi dari Thailand menduduki tempat kedua untuk membawa pulang AS$1,000, diikuti Sarawak Senior di tempat ketiga dengan hadiah AS$500.

Tempat keempat pula disandang oleh pasukan Taipei Municipal Nanhu HS.

PASUKAN Hobby Ace VC dari Mongolia menjuarai kategori wanita Kejohanan Jemputan Bola Tampar Antarabangsa Sarawak 2025. Foto: Tarani Lanting

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng menyempurnakan majlis penutupan kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Kejohanan selama seminggu yang berlangsung dariĀ 29 Julai hingga 3 Ogos itu dianjurkan bersama oleh Persatuan Bola Tampar Sarawak (SAVA) dan Persatuan Bola Tampar Sibu (SVA), dengan penyertaan sebanyak 13 pasukan dari dalam dan luar negara.

Enam pasukan lelaki yang bertanding terdiri daripada Thailand, Hong Kong, Johor, Miri, Sarawak Senior dan Sarawak Junior, manakala kategori wanita disertai tujuh pasukan iaitu dua dari Thailand, Mongolia, Taipei, Johor serta pasukan Sarawak Senior dan Junior.

Turut hadir pada majlis penutupan ialah Pengerusi SVA, Dato Moh Wung Ming.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sibu berpotensi jadi pentas bola tampar Sukan SEA 2027
Next: Lumba kayuh meriahkan Pesta Daro 2025, tampilkan semangat kesukanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.