Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • TH raih Anugerah Tertinggi Labaytum ‘Diamond Award’
  • SEMASA

TH raih Anugerah Tertinggi Labaytum ‘Diamond Award’

Utusan Sarawak 16 hours ago
BUAT julung kalinya Lembaga Tabung Haji (TH) menerima Anugerah Tertinggi Labaytum ‘Diamond Award’ untuk pengurusan jemaah haji terbaik dunia daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi malam tadi. -Foto Bernama

MAKKAH: Buat julung kalinya Lembaga Tabung Haji (TH) menerima Anugerah Tertinggi Labaytum ‘Diamond Award’ untuk pengurusan jemaah haji terbaik dunia daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi malam tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kejayaan Malaysia mengekalkan kecemerlangan dalam soal pengurusan jemaah haji empat tahun berturut-turut itu hasil usaha gigih seluruh warga kerja TH khususnya petugas haji dan sahabat maktab yang tidak jemu menyantuni jemaah.

Sehubungan itu beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pengerusi TH Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif Mustakim Mohamad serta Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun yang menunjukkan kepimpinan cemerlang dalam pengurusan haji tahun ini.

“TH dan Kerajaan Malaysia telah dianugerahkan Anugerah Labaytum untuk tahun keempat berturut-turut. Alhamdulillah lebih menarik lagi, malam ini kita turut menerima anugerah tertinggi Diamond Award,” katanya kepada media selepas Program Majlis Penutupan Musim Haji 1446H oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi di sini, malam tadi.

“Proses penilaian yang dijalankan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi adalah sangat teliti dan ketat, merangkumi pelbagai aspek termasuk pengurusan, kebajikan para jemaah serta aspek keselamatan mereka sepanjang tempoh ibadah haji,” katanya.

Mohd Na’im berkata pengiktirafan itu turut menjadi pemangkin semangat kepada TH untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan dan menambah baik pengurusan haji dari semasa ke semasa.

“Kami  (TH) tidak akan berhenti di sini, Insya-Allah TH akan melaksanakan sesi post-mortem bagi mengenal pasti sebarang kelemahan dan bekerjasama dengan syarikat Al-Masyariq untuk memperkukuh lagi aspek kebajikan dan keselesaan jemaah pada musim haji akan datang,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengamal media yang memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat serta membantu menilai pencapaian TH melalui laporan berita.

Sementara itu Mohd Na’im berkata dua bangunan penginapan jemaah sedia ada dijangka tamat tempoh pajakan pada tahun ini dan perbincangan akan diadakan bersama pemilik bangunan bagi menilai kesesuaian dari segi lokasi serta kemudahan yang disediakan.

Anugerah Labaytum merupakan pengiktirafan tahunan yang diberikan kepada pengurus-pengurus jemaah haji dari seluruh dunia yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pengurusan haji oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tawaf Selamat Tinggal lancar, tenang tanda perpisahan awal jemaah haji
Next: PM Anwar pimpin usaha strategik ASEAN-GCC tangani I krisis Gaza

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.