Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • TH perkenal platform googlewalk, bantu jemaah Haji navigasi laluan di tanah suci
  • SEMASA

TH perkenal platform googlewalk, bantu jemaah Haji navigasi laluan di tanah suci

Utusan Sarawak 19 hours ago
LEMBAGA Tabung Haji (TH) terus komited dalam usaha menambah baik kemudahan penginapan bagi jemaah haji Malaysia musim 1446H/2025M dengan menyediakan bangunan penempatan baharu di Abraj Al-Tayseer, yang terletak di Zon B, kawasan Hafai. FOTO BERNAMA

MAKKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Jabatan Haji memperkenalkan platform navigasi baharu, dikenali sebagai GoogleWalk bagi membantu jemaah haji Malaysia mengenal pasti laluan pulang ke bangunan penginapan masing-masing di Tanah Suci.

Pengarah Operasi Maktab Tabung Haji Mohd Fahmi Kamarudin berkata, platform berasaskan Google Maps itu dibangunkan khusus untuk kegunaan jemaah haji Malaysia yang menginap di tujuh Bangunan Penginapan Jemaah Haji (BPJH) di Makkah.

“Alhamdulillah, pada tahun ini, Pengurusan Operasi Maktab TH memperkenalkan satu platform baharu bagi memudahkan jemaah haji mengenal pasti laluan ke bangunan penginapan mereka.

“Platform ini telah dikongsi kepada para jemaah melalui kumpulan WhatsApp setiap KT, dan turut boleh digunakan bagi mendapatkan perkhidmatan teksi atau bas tempatan untuk memudahkan perjalanan pulang ke penginapan,” katanya kepada media di sini, baru-baru ini.

Mohd Fahmi berkata platform ini merupakan penambahbaikan daripada kaedah perkongsian lokasi langsung (live location) menerusi WhatsApp yang digunakan sebelum ini, hasil daripada kajian mendalam sejak beberapa tahun lalu.

“Kita dapati platform ini lebih mudah dan mesra pengguna, selain tidak menggunakan data internet yang banyak. Ia juga dapat membantu jemaah yang tersasar arah, terutama selepas menyempurnakan ibadah umrah di kawasan Mas’a antara Safa dan Marwah,” katanya.

Mohd Fahmi berkata walaupun GoogleWalk tidak dilengkapi fungsi penjejak (tracker), jemaah masih boleh berkongsi lokasi semasa mereka untuk membolehkan petugas TH membantu mengesan dan memberi panduan arah ke tempat penginapan.

Mohd Fahmi berkata platform tersebut digunakan buat pertama kali pada musim haji tahun ini melalui integrasi bersama e-book petugas haji dan turut diperluas kepada jemaah bagi tujuan kemudahan bersama.

“Statistik menunjukkan bilangan jemaah yang tersasar setiap tahun agak tinggi, terutama apabila berlaku kesesakan di sekitar Masjidil Haram. Oleh itu, platform ini diharap dapat memberi impak positif kepada kelancaran operasi harian serta keselamatan jemaah,” katanya.

Sementara itu, seorang jemaah haji, Sudiman Ahmad Tinggal, yang menginap di Abraj Al-Tayseer menyifatkan platform navigasi berkenaan sebagai satu penambahbaikan signifikan oleh TH, khususnya dalam memudahkan pergerakan jemaah sepanjang berada di Tanah Suci.

“Sangat memudahkan. Dengan sekali tekan sahaja, aplikasi ini terus membawa kita ke destinasi yang dituju. Insya-Allah, ia benar-benar membantu dan memberi manfaat kepada kami sebagai jemaah,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia terima anugerah Pencapaian Terbaik misi pengaman PBB
Next: Bursa Malaysia dibuka hampir tidak berubah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.