Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tewas mengejut di Hong Kong, Aaron Chia-Wooi Yik terpaksa balik awal
  • SUKAN

Tewas mengejut di Hong Kong, Aaron Chia-Wooi Yik terpaksa balik awal

Utusan Sarawak 3 days ago
CABARAN beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, di Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2025 berakhir seawal pusingan pertama selepas dikejutkan gandingan England, Ben Lane-Sean Vendy, hari ini.

KUALA LUMPUR: Cabaran beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, di Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2025 berakhir seawal pusingan pertama selepas dikejutkan gandingan England, Ben Lane-Sean Vendy, hari ini.

Pilihan utama kejohanan itu gagal menampilkan prestasi terbaik apabila tunduk 13-21, 13-21 dalam tempoh hanya 28 minit kepada pasangan ranking ke-15 dunia di Hong Kong Coliseum.

Ia sekali gus menyaksikan pasangan ranking lima dunia itu mengalami kekalahan kedua berturut-turut kepada Lane-Vendy, selepas turut tewas pada Terbuka Artik 2024.

Bulan lepas, Aaron-Wooi Yik turut dikecewakan selepas terkandas di suku akhir Kejohanan Dunia di Paris.

Dalam pada itu, satu lagi beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut mengikut jejak rakan sepasukan apabila tersingkir selepas tewas kepada pasangan Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan 24-22, 20-22, 17-21.– Bernama

Continue Reading

Previous: Suarez digantung tiga aksi MLS angkara meludah pegawai lawan
Next: Terbuka Hong Kong: Wan Arif-Roy King lakar kejutan singkir jaguh Denmark

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.